Pages

Tuesday, November 2, 2010

PISMP 4 - SDP (EN HAMZAH B OMAR)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Kelas : 5 Dedikasi
Subjek : Kajian Tempatan
Hari : Isnin
Masa : 7.45 pagi -8.45 pagi
Bilangan murid : 24 orang
Topik : Identiti Negara
Sub-topik: Jalur Gemilang
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah melihat Jalur Gemilang
                                             2. murid pernah mendengar lagu Jalur Gemilang
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat :-
1.    Mewarnakan Jalur Gemilang dengan warna yang betul
2.    Mengingati maksud warna dan lambing yang terdapat pada Jalur Gemilang
3.    Menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan lirik yang betul dan bersemangat
Penggabungjalinan : Pendidikan Seni (Visual,Muzik & Pergerakan)
Penerapan Nilai : Patriotisme, Ketekunan, sabar, Cermat
Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop,  LCD
                                           2.  Kertas Lukisan, Pensil Warna, lidi
                                           3. papan hitam, kapur












Langkah
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(10 minit)
1.    Guru memainkan lagu Jalur Gemilang kepada murid-murid
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang lagu Jalur Gemilang yang diperdengarkan
a.    Apakah tajuk lagu yang didengar oleh murid?

1.    Murid mendengar lagu Jalur Gemilang yang dimainkan oleh guru
2.    Murid bersoaljawab dengan guru tentang lagu yang dimainkan
BBM:
1.    Laptop
2.    LCD

Nilai-nilai murni:
1.    ketekunan
Langkah 1
(10 minit)
1.    Guru menunjukkan gambar Jalur Gemilang kepda murid-murid
2.    Guru memberikan penerangan tentang Jalur Gemilang kepada murid-murid
·         Maksud jalur
·         Maksud warna
·         Maksud lambang yang terdapat pada Jalur Gemilang

1.    Murid melihat gambar Jalur Gemilang yang ditunjukkan oleh guru
2.    Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru
BBM :
1.    Laptop
2.    LCD
Langkah 2
(20 minit)
1.    Guru mengarahkan murid membentuk enam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli
2.    Guru mengedarkan kertas lukisan, lidi dan pensil warna kepada murid-murid
3.    Guru menunjukkan gambar Jalur  kepada murid-murid
4.    Guru minta murid melukis dan mewarnakan Jalur Gemilang pada Kertas lukisan yang telah dibekalkan
5.    Guru minta murid melekatkan lidi dengan lukisan bagi membuat bendera
1.    Murid membentuk enam kumpulan
2.    Murid mengedarkan kertas lukisan dan pensel warna kepada enam kumpulan
3.    Murid melihat gambar Jalur Gemilang yang ditunjukkan oleh guru
4.    Murid melukis dan mewarnakan Jalur Gemilang
5.    Murid melekatkan lukisan yang telah dilukis kepada lidi untuk membuat bendera
BBM :
1.    Kertas Lukisan
2.    Pensel warna
3.    lidi
4.    Laptop
5.    LCD

Nilai-nilai murni:
1.    Sabar
2.    Cermat 

Kaedah:
1.    Kolaboratif dan Koperatif

Langkah 3
(10 minit)
1.    Guru menulis lirik lagu Jalur Gemilang di papan hitam dan minta murid salin didalam buku latihan:
Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

2.    Guru menyanyikan lagu Jalur Gemilang diiringi muzik
3.    Guru minta murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan bersemangat sambil menggerakkan badan dan mengibarkan bendera mengikut alunan muzik.
1.    Murid menyalin lirik lagu Jalur Gemilang di dalam buku latihan
2.    Murid mendengar nyanyian daripada guru dan belajar
BBM :
1.    Papan hitam
2.    Laptop
3.    LCD

Nilai-nilai murni :
1.    Patriotisme

Kaedah :
1.    Belajar Cara Belajar



Penutup
(10 minit)
1.    Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid
2.    Guru bertanyakan tentang pelajaran pada hari ini
a.    Apakah nama bendera Malaysia?
b.    Apakah maksud warna pada bendera Malaysia

1.    Murid menyiapkan lembaran kerja
2.    Murid menjawab soalan cikgu tentang pelajaran hari ini


No comments:

Post a Comment