Pages

Tuesday, November 2, 2010

PISMP 4 - PK PENGURUSAN DIRI (EN AZMI ABU BAKAR)

KONSEP DAN TEORI YANG BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Terdapat banyak konsep dan teori-teori yang berkaitan dengan kemahiran asas untuk berdikari antaranya teori perkembangan sosial Erik Eriksson, teori pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.
1. Teori perkembangan social Erik Eriksson
Ahli psikologi Belanda Erik Eriksson telah mereka teori perkembangan kanak-kanak yang melibatkan sosio-emosi sepanjang kehidupan dari peringkat selepas lahir hingga ke peringkat hujung usia. Di dalam teori ini, terdapat krisis yang perlu dihadapi oleh individu pada setiap peringkat perkembangan yang mempunyai matlamat tersendiri untuk dicapai seperti yang dinyatakan oleh Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) :



Di dalam teori ini, Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu”
Ini bermakna jika krisis yang dihadapi gagal, maka individu itu akan terus didalam konflik dan tiada keyakinan untuk berdikari bagi menyesuaikan diri dengan hidup.





Terdapat lapan peringkat perkembangan dari aspek sosioemosi pada teori ini seperti yang dapat dilihat pada jadual dibawah:-

PERINGKAT TAHAP UMUR HURAIAN
1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan Dari lahir hingga 1 tahun Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, dapat kasih saying dan kepercayaan daripada penjaga. Jika gagal, ketidakpercayaan timbul.
2. Autonomi lawan keraguan 1 tahun hingga 3 tahun Perkembanagn kanak-kanak pada tahap ini tertumpu pada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri. Jika gagal, mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa bersalah 4 tahun hingga 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
4. Industri lawan rasa rendah diri 6 tahun hingga 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.
5. Identiti lawan kekeliruan identity 12 tahun hingga 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial
6. Keintiman lawan pengasingan Awal dewasa 18 tahun hingga 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju kea rah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih
7. Generativiti lawan kekakuan Pertengahan dewasa. 35 tahun hingga 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri
8. Integriti lawan kekecewaan Lanjut usia. 65 tahun ke atas Kejayaan didalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekcewaan.

Daripada kesemua lapan peringkat yang diutarakan oleh Erik Erikson, kita fokuskan kepada tiga peringkat di permulaan perkembangan yang berkaitan dengan kemahiran asas untuk berdikari iaitu pada peringkat kedua dan peringkat keempat. Pada peringkat kedua iaitu peringkat autonomi lawan keraguan, kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya. Contohnya, memakai kasut, membuang air dan lain-lain. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai autonomi namun jika tidak diberi peluang, kanak-kanak ini akan mula rasa ragu-ragu terhadap kebolehan diri. Justeru itu, guru perlu bijak merancang pembelajaran supaya murid dapat melakukan tugasan yang diberi oleh guru bagi mengelakkan krisis didalam diri murid.
manakala pada peringkat keempat, iaitu industri melawan rendah diri, tugasan utama dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industry. Industry bermaksud, kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kebanyakan kemahiran adalah yang berkaitan dengan kemahiran dipelajari di sekolah. Jika kanak-kanak gagal, rasa rendah diri akan menghantui pelajar dan tiada keupayaan bukan sahaja dari sudut akademik, malahan hubungan social individu itu dengan persekitaran.
Justeru itu, implikasi teori perkembangan Sosio-emosi Erik Eeriksson dalam pembelajaran kemahiran asas untuk berdikari ialah guru perlu bijak merancang pembelajaran supaya murid dapat melakukan tugasan yang diberi oleh guru bagi mengelakkan krisis didalam diri murid.



2. Teori pembelajaran kontekstual
Kontekstual secara umumnya adalah sesuatu yang mengikut konteks. Manakala teori pembelajaran kontekstual pula menurut tutor.com, ialah :
“…kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.”
Jika dilihat dalam aspek pembelajaran kemahiran asas untuk berdikari, ini boleh diterjemahkan sebagai cara pembelajaran yang berasaskan sesuatu bidang atau konteks yang mana isi kandungan pembelajarannya mampu membantu menyesuaikan pelajar khususnya murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran kehidupan sehariannya.

3. Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri pula merupakan proses pembelajaran dimana seseorang individu cuba menguasai sesuatu topik atau kemahiran yang diajar oleh guru sebelum mempelajari kemahiran seterusnya. Adalah dicadangkan bahawa sesuatu pelajaran boleh dikuasai oleh pelajar melalui dua faktor seperti yang dinyatakan di dalam teachersrock.net :
“ Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:
a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti”
justeru, dalam mengajar murid bermasalah pembelajaran, guru pendidikan khas haruslah menggunakan pendekatan analisis tugasan yang bersesuaian dengan prinsip pembelajaran masteri. Analisis tugasan ialah turutan langkah sesuatu tugasan atau perlakuan yang telah disusun dan diatur bagi mancapai matlamat tugasan. Pelajaran melalui analisis tugasan akan membantu murid menguasai sesuatu pembelajaran atau kemahiran dengan lebih berkesan kerana murid perlu menguasai pembelajaran mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, pembelajaran kaedah masteri merupakan prinsip yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya boleh menyumbang pembelajaran kemahiran asas untuk berdikari.

MAKSUD ANALISIS TUGASAN

Lee Lay Wah (2009), menyatakan bahawa analisis tugasan merupakan proses pemecahan langkah-langkah kecil daripada satu aktiviti yang kompleks serta disusun berturutan mengikut kesesuaian. Proses pengajaran secara analisis tugasan dijalankan mengikut langkah-langkah kecil secara berturutan bagi memudahkan murid menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh yang secara tidak langsung menguji kecekapan seseorang guru pendidikan khas.

Selain itu, menurut satu laman web iaitu UsabilityNet, menyatakan bahawa analisis tugasan merupakan hasil analisa tentang perkara yang akan dilakukan oleh seseorang samada melalui tindakan ataupun yang melibatkan proses kognitif. Keterangannya adalah dipetik seperti berikut :
“Task analysis analyses what a user is required to do in terms of actions and/or cognitive processes to achieve a task. A detailed task analysis can be conducted to understand the current system and the information flows within it…”
Jonassen, Tesmer, & Hannum (1999, p.3, dipetik dari laman web classweb) menyatakan bahawa analisis tugasan bagi proses pengajaran adalah hasil daripada proses menganalisa dan mengatur sesuatu pembelajaran dan hasil pembelajaran mestilah boleh dicapai oleh pelajar pada akhir pembelajaran:
"Task analysis for instructional design is a process of analyzing and articulating the kind of learning that you expect the learners to know how to perform" (Jonassen, Tessmer, & Hannum, 1999, p.3).”

Justeru, dapat disimpulkan bahawa analisis tugasan bermaksud proses pemecahan atau pembahagian sesuatu aksi yang kompleks kepada beberapa gabungan langkah-langkah kecil serta melibatkan proses kognitif. Selain itu, analisis tugasan yang akan dijalankan haruslah ditentukan, dianalisis terlebih dahulu supaya tugasan yang dipilih boleh dilakukan oleh murid-murid bermasalah pembelajaran.

KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Antara kepentingan analisis tugasan kepada murid bermasalah pembelajaran ialah :-
1. Menyediakan murid bermasalah pembelajaran perincian tentang sesuatu perkara atau tugasan yang akan dilakukan.
2. Membantu murid bermasalah pembelajaran terutamanya murid dalam kategori autisma, murid yang mengalami kerencatan akal atau kecacatan mental yang mengalami banyak kesukaran dalam menguasai sesuatu perlakuan atau aksi yang kompleks.
3. Memudahkan aspek pemilihan media dan persekitaran pembelajaran yang berasaskan sesuatu tema (jahitan, pertukangan, memasak) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Memudahkan guru memilih dan menentukan sesuatu hasil pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid bermasalah pembelajaran.
5. Sebagai suatu pentaksiran dan penilaian prestasi dan tahap keupayaan murid mengikut hasil pembelajaran yang telah disasarkan oleh guru.

ANALISIS TUGASAN SARAPAN PAGI

ROTI JOHN MUDAH DAN AIR TEH SUSU PANAS

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Roti John Mudah:-
• 250gram daging cincang
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil serbuk kari
• 3 sudu makan minyak untuk menumis
• sedikit garam
• 3 biji telor
• Sedikit butter
• 6 keping roti 'finger rolls'
• Sos dan mayonis untuk perasa tambahan
Peralatan
• Sebilah pisau pemotong roti
• Sebuah kuali
• Sebuah mesin pengisar
• Pemukul telor
• Senduk memasak

ANALISIS TUGASAN BAGI MEMBUAT ROTI JOHN MUDAH :

LANGKAH PERTAMA :
SEBELUM MEMBUAT SARAPAN PAGI.

1. Sediakan semua keperluan dan bahan mentah yang diperlukan di atas meja dapur atau tempat memasak.
2. Pastikan semua bahan-bahan mentah telah dibasuh dan dalam keadaan bersih.
3. Pastikan peralatan yang ingin digunakan berada di dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan.
4. Memakai apron untuk sebagai tujuan kebersihan dan keselamatan.
5. Guru mendemontrasikan dahulu cara membuat roti john mudah

SEMASA PROSES MEMBUAT SARAPAN PAGI

ROTI JOHN MUDAH
1. Kisar bawang dan bawang putih dengan menggunakan mesin pengisar.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan serbuk kari
3. Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan letakkan garam secukupnya hingga masak
 
4. Belah roti kepada dua tetapi jangan sampai putus dengan menggunakan pisau pemotong roti 
 
5. Masukkan telor kedalam daging cincang 
  
6. Pukul sebentar telor dan daging dengan menggunakan pemukul telur. 
 
7. Panaskan butter dalam kuali


8.  Sapukan adunan daging dan telor  di atas roti
 
9. Terlangkupkan roti yang telah diadun ke atas kuali 
 
10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar 


11. Angkat setelah bahagian bawah roti sudah sedikit garing
 
12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka 
 
13. Guru membuat demonstrasi semula dan mengarahkan murid mengikut setiap langkah guru kali ini.




LANGKAH KEDUA:
AIR TEH SUSU
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air Horlick panas:-
·         Air panas
·         Uncang teh
·         Susu pekat
Peralatan
·         Cawan
·         Sudu
·         Cerek

1.     Guru mendemonstrasikan dahulu cara membuat air teh susu
2.     Tuangkan air panas ke dalam cawan.
3.     Masukkan uncang teh ke dalam cawan dan biarkan selama lebih kurang 3 minit
4.     Keluarkan uncang teh daripada cawan
5.     Kacau air supaya wana teh menjadi sekata
6.     Tuangkan susu pekat ke dalam cawan
7.     Kacau sekali lagi.
8.     Air teh susu panas sudah siap.
9. Guru membuat  teh susu panas semula dan mengarahkan murid mengikut setiap langkah guru pada kali ini. 


Gambar panduan membuat air teh susu panas




3 comments: