PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG ) merupakan salah satu daripada program yang telah direka oleh Bahagian Pendidikan dalam usaha menyediakan bakal-bakal guru dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia semasa samada dalam pendidikan dan kehidupan bermasyarakat yang mencakupi aspek jati diri, etika keguruan dan aktiviti kemasyarakatan. Melalui program Bina Insan Guru ini juga, bakal-bakal guru dilatih dengan kemahiran pengurusan dan pentadbiran formal dalam proses menyediakan kertas kerja, penubuhan mesyuarat mahupun surat-menyurat. Program ini telah diwajibkan kepada setiap guru pelatih yang sedang menjalani pengajian di Institut Pendidikan Guru samada dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah mahupun Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Secara umumnya, Bina Insan Guru adalah bagi membentuk atau membina insan guru yang serba boleh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Oleh itu, Pada setiap semester bermula dari tahun pertama pengajian, terdapat sukatan dan kurikulum yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru pelatih termasuklah pada semester keempat ini. Berdasarkan sukatan yang terkandung pada semester keempat ini, para guru pelatih diminta untuk merancang dan menjalankan program anak angkat sebagai salah satu usaha menyediakan panduan kepada guru kemahiran untuk bersosial bersama sesebuah komuniti dalam sesuatu masyarakat dari aspek kehidupan seharian.
OBJEKTIF
Aktiviti-aktiviti yang dirancang melalui program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Aktiviti BIG iaitu perkhemahan I dan II, ceramah, seminar, bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan khidmat masyarakat ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :
• Melatih bakal guru kemahiran merancang, mengurus dan mengelolakan sesebuah program atau aktiviti.
• Melakukan interaksi sosial yang bermakna dengan masyarakat.
• Membina semangat kekitaan, dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan berkumpulan.
• Menyemai sifat tanggungjawab dan kualiti kepimpinan.
• Memahami peranan sebagai seorang guru di dalam kehidupan bermasyarakat.
• Menyumbangkan idea untuk menyelesaikan masalah dan mengerahkan tenaga jasmani.
• Melakukan amalan refleksi dan mampu memberikan cadangan penambahbaikan.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA:
PENGERUSI
Izzat bin Mustapha
NAIB PENGERUSI
Siti Noorainee binti Abd Rahim
SETIAUSAHA
Nur Suhada binti Zainuddin
BENDAHARI
Wan Mohd Izaidi bin Ibrahim
AJK MAKANAN
Mohd Irwan bin Sharidan
Noor Faiza binti Mohamed Hashim
AJK AKTIVITI
Mohd Hafizuddin bin Abd Rani
Shamsuddin bin Md Rasip
Nor Hidayah binti Mohd Asri
AJK PERALATAN
Nor Hafiza binti Rumli
Muhammad Irrwan bin Zakaria
AJK SERANTA
Su’aidah binti Samsudin
AJK KEBAJIKAN
Fatimah binti Muhamed Norani
AJK KESELAMATAN
Mohd. Saib bin Omar
AJK PENGANGKUTAN
Nik Amzaiful bin Nik Jait
AJK BUKU PROGRAM
Nurul Hidayah binti Ismail
Normala binti Musa
AJK CENDERAHATI
Yusmahani binti Jamaluddin
AJK PERSIAPAN TEMPAT
Muhammad Zulhilmi bin Ismail
Nurulain Fazillah binti Mohd Said
JADUAL TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
PISMP SEM 4 PK/PJ02 2009 DI FELDA TELOI TIMUR
3 HARI 2 MALAM
Hari/masa | Aktiviti | Catatan |
RABU (5.8.2009) 8.30-10.30 11.00-1.00 1.30-2.30 2.30-4.30 4.30-6.30 7.30-9.00 9.00-10.30 | Bertolak dari IPDA ke Felda Teloi Persiapan khemah Pengurusan diri Pendaftaran adik angkat ‘Ice-breaking’ Minum petang Solat asar Senaman Solat maghrib Tazkirah Solat isyak LDK 1 Bimbingan bersama adik angkat | 40 orang murid
|
KHAMIS (6.8.2009) 6.00-6.30 7.00-8.00 8.00-9.00 9.00-12.00 12.00-2.30 2.30-6.00 6.00-7.00 7.30-9.30 9.30-10.30 | Solat subuh Senaman pagi Pengurusan diri Minum pagi Gotong-royong Pengurusan diri Solat zuhur Makan Persiapan tempat Sukaneka Minum petang Pengurusan diri Solat maghrib Bacaan yasin Solat isyak LDK 2 (Membina keyakinan diri) | Bersama penduduk kampung Bersama penduduk kampung 40 orang murid dan penduduk kampung 40 orang murid dan penduduk kampung 40 orang murid |
JUMAAT (7.8.2009) 6.00-7.00 7.00-8.00 8.00-9.00 9.00-11.00 11.15-12.30 | Persiapan diri Solat subuh Senaman pagi Minum pagi Ceramah motivasi Majlis penutup Jamuan ringan Bersurai | 40 orang murid dan waris Semua yang terlibat |
BAHAN BUKTI
No comments:
Post a Comment