Pages

Sunday, October 31, 2010

BIG 1 - LAPORAN AJK AKTIVITI ( AKTIVITI LUAR/ PERKHEMAHAN)


LAPORAN AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

PENSYARAH PENASIHAT:
En Abdul Shukor B. Zainal Abidin

JURULATIH :
  1. En Zulkifli B. Md Isa@ Hashim
  2. En Khairulannuar B. Ahmad
  3. En Nasrul B. Samsuar
  4. En Goh Ching Hock
  5. En Leong Weng Tuck
  6. Tn Hj Azmi B. Mat
  7. Pn Musalmah
  8. Pn Harlina Bt. Hj Ishak

AJK PERALATAN:
  1. Muhammad Zulhilmi Bin Ismail

TARIKH:
 20 Februari 2008 – 23 Februari 2008

TEMPAT:
Beringin Beach Resort,
Pulau Langkawi,
Kedah Darul Aman






PERLAKSANAAN AKTIVITI:
·         Sebelum:
·         Menyenaraikan alatan-alatan yang diperlukan sepanjang program perkhemahan.
·         Mesyuarat antara AJK pada 18 Februari 2008.
·         Menyenaraikan peralatan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi sepanjang program dijalankan.
·         Antara peralatan yang diminta AJK aktiviti ialah seperti berikut :-
·         Kertas Mahjong
·         Manila Kad
·         Pen Marker merah, biru, hitam
·         Pen
·         Kertas A4
·         Fail Ipda, Fail pelajar
·         Jaket keselamatan untuk tujuan aktiviti Air
·         Memastikan peralatan yang diminta cukup dan berada dalam keadaan baik sebelum barang-barang diangkat ke dalam bas.
·         Mengangkat barang-barang ke dalam bas pada 20 Februari 2008 untuk di bawa ke Jeti Kuala perlis.

·         Semasa.

  1. Hari pertama, Rabu (20 Februari 2008)
    • Pada pukul 8.30 pagi, Semua pelajar  berkumpul di Taman Siswa untuk sesi taklimat sebelum bergerak ke Jeti Kuala Perlis.
    • Selepas taklimat, semua pelajar mengangkat beg dan barangan masing-masing ke dalam bas IPDA untuk di bawa ke Jeti Kuala Perlis.
    • Pada pukul 8.45 pagi, bas bertolak ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi.
    • Pukul 9.50 pagi, bas tiba di Jeti Kuala Perlis dan proses menurunkan barang-brang dan peralatan dilakukan.
    • Feri berlepas dari Jeti Kuala Perlis pada pukul 11 pagi.
    • AJK Aktiviti memastikan barang-barang AJK dimasukkan ke atas feri dan berada dalam keadaan sempurna bagi memastikan kelancaran program.
    • Pada kira-kira pukul 12.30 setelah sampai ke Jeti Pekan Kuah, barang-barang diangkat daripada Feri dan dibawa masuk ke dalam bas untuk di bawa ke Beringin Beach Resort, tapak perkhemahan program Bina Insan Guru Siri ke -16.
    • Pelajar-pelajar dan para jurulatih sampai ke tapak perkhemahan pada pukul 1.20 petang.
    • Pada pukul 1.30 petang, semua pelajar menerima arahan supaya mendirikan khemah. Untuk tujuan aktiviti ini, pelajar diminta mendirikan khemah bersama ahli kumpulan bagi memupuk nilai kerjasama dalam satu pasukan.
    • Khemah siap didirikan pada pukul 2.30 petang dan semua pelajar dikehendaki menunaikan solat secara berjemaah di surau berdekatan tapak perkhemahan. terdapat juga pelajar yang terlibat dengan penyediaan makanan di dapur.
    • Pada pukul 4.15 petang, makanan siap dihidang. Semua pelajar makan bersama manakala para pensyarah dan jurulatih makan di dewan makan yang telah disediakan oleh pihak resort. Selepas makan, semua pelajar diminta mengemas dan membasuh sendiri pinggan dan cawan yang telah digunakan. Setelah itu, semua pelajar mendirikan solat asar seterusnya berehat di khemah masing-masing.
    • Pada sebelah petang pula, terdapat taklimat tentang cara dan panduan ketika kecemasan dan juga asas Bantu mula yang dikendalikan oleh En Khairul Annuar.
    • Setelah taklimat tamat, semua pelajar diminta mengurus diri serta bersedia untuk bersolat jemaah maghrib di surau. Pelajar yang bertugas untuk memasak pula berada di Dapur untuk memasak.
    • Selepas tamat solat Maghrib, para pelajar diminta ke dewan resort bagi mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tn Hj Amir B Hj Omar selaku Mentor serta jurulatih kerohanian dan moral.
    • Kemudian para pelajar menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum ke aktiviti LDK yang dikelolakan oleh Pn Musalmah.
    • Aktiviti LDK ini adalah aktiviti ‘Ice Breaking’ yang diadakan di tepi pantai. Dalam aktiviti ini, pelajar digalakkan untuk mengenali semua kawan-kawan dan dimintga berkumpul mengikut negeri masing-masing. Pelajar-pelajar kemudian diminta menyanyikan lagu negeri sendiri bagi memupuk semangat patriotik. Selain itu, pelajar juga diminta berkumpul di dalam kumpulan warna yang disukai.
    • Aktiviti Ldk tamat pada pukul 11.45 malam, dan semua pelajar telah diminta berkumpul di kawasan perhimpunan tapak perkhemahan bagi sesi pelantikan penghulu kem serta sesi refleksi bersama penolong ketua jurulatih, Ne Nasrul B Samsuar.
    • Sesi refleksi berakhir pada pukul 1.30 pagi dan para peserta program diminta berehat bagi aktiviti seterusnya.
    • Terdapat beberapa orang pelajar yang ditugaskan untuk mengawal kawasan tapak perkhemahan secara bergilir untuk tujuan keselamatan.

  1. Hari kedua, Khamis (21 Februari 2008)
    • Aktiviti pada hari kedua bermula seawal pukul 5 pagi apabila para pelajar bangun untuk menyediakan sarapan pagi dan menunaikan solat subuh secara berjemaah.
    • Selesai solat subuh, pelajar-pelajar kemudian dikehendaki masuk kedalam dewan bagi mendengar kuliah subuh oleh Tn Hj Amir, jurulatih kerohanian dan moral. Dlam sesi kuliah subuh ini, Tn Hj Amir banyak menyebut tentang ciri-ciri guru yang cemerlang dan etika yang diamalkan oleh seorang guru cemerlang.
    • Pada pukul 7.30 pagi, semua pelajar berkumpul di kawasan perhimpunan bagi upacara menaikkan bendera, menyanyiksn lagu-lagu patriotic termasuklah lagu Negaraku, negeri Kedah dan Lgu Institut dan kemudian melakukan aktiviti Malaysia Cergas. Aktiviti Malaysia cergas dijalankan di tepi pantai dan semua pelajar diminta untuk jogging serta melakukan senaman ringan.
    • Selepas aktiviti Malaysia Cergas, pelajar menikmati srapan yang telah disediakan dan diminta makan didalam kumpulan bagi memupuk rasa hormat-menghormati dan nilai kesederhanaan
    • Kemudian pada pukul 8 pagi, semua pelajar diminta berkumpul untuk menjalankan aktiviti air dan aktiviti darat. Bagi tujuan aktiviti ini, pelajar-pelajar dipecahkan kepada dua biah kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan menjalankan aktiviti darat, manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti air.
    • Kumpulan A terdiri pasukan 1, 2, 4 dan 8. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada pasukan 3,5,6 dan pasukan 7.
    • Antara aktiviti air ialah aktiviti ‘water confident’ dan aktiviti berkayak. Dalam aktiviti ‘water confident, pelajar akan diajar cara yang betul dan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam air laut dan aktiviti berkayak pula, jurulatih mengajarkan teknik berkayak yang betul serta sedikit panduan apabila berkayak di laut. Ujurulatih bagi aktiviti berkayak adalah En Leong Weng Tuck dan En Goh Ching Hock.
    • Semua aktiviti di dalam air, akan melibatkan pelajar supaya memakai jaket keselamatan bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin dan langkah awal bagi menghadapi masalah yang tidak diingini.
    • Manakala aktiviti darat pula berupa aktiviti ‘tracking’, menaiki bukit dan memasuki gua. Dalam aktiviti ‘tracking’ pelajar akan mendaki dan menuruni bukit serta meredah hutan sebelum masuk ke dalam gua. Semasa aktiviti ini, pelajar diminta untuk menghayati keindahan alam dan menghormati serta memelihara alam sekitar daripada aktiviti-aktiviti yang haram dan tidak sihat. Semasa berada di dalam gua pula, pelajar dibiarkan untuk berada di dalam keadaan gelap selama beberapa minit. Pelajar juga diminta bermuhasabah ketika sesi tersebut. Pelbagai luahan perasaan dapat dikongsi termasuklah perasaan taut menghadapi mati, perasaan penghargaan kepada ibu bapa dan kawan. Sesungguhnya aktiviti ini melahirkan keinsafan dan menyedarkan para pelajar supaya menuju ke arah matlamat hidup sempurna dengan bimbingan agama. Jurulatih bagi aktiviti darat pula ialah En Azmi B. Mat serta beberapa orang pembantu dari pihak resort.
    • Kesemua pelajar yang terlibat dengan aktiviti darat dan air dikehendaki memasak sendiri semasa aktiviti dijalankan. Pasukan-pasukan ini akan memasak bersama semasa aktiviti dijalankan dengan menggunakan bahan mrntah yang telah dibekalkan. Aktiviti ini bertujuan membina jati diri dan mengajar apa itu eri berdikari.
    • Selain itu, aktiviti ini memberikan sedikit pengalaman untuk ‘survival hidup’ semasa berada di tengah hutan dan di tengah lautan.
    • Pada pukul 6 petang, semua pelajar telah pun berada di tapak perkhemahan dan semua pelajar dikehendaki untuk menunaikan solat secara berjemaah sebelu melakukan tugas masing-masing seperti memasak, basuh pinggan dan lain-lain.
    • Semua pelajar telah dijamu dengan kuih dan teh sebagai juadah petang sebelum mengambil makanan berat.
    • Pada waktu maghrib, selepas selesai membersihkan diri,  semua pelajar lelaki dan perempuan diminta ke surau bagi menunaikan solat maghrib manakala yang bertugas di dapur akan meneruskan tugas. Dan mereka akan menunaikan solat selepas selesai memasak.
    • Selepas solat maghrib, aktiviti LDK diadakan. Dalam LDK ini, para pelajar dikehendaki menulis lirik lagu negeri pilihan pasukan masing-masing kemudian mencari nilai-nilai murni yang terkandung di sebalik lirik tersebut kepada seorang guru dan kepada murid-murid. Selain itu, para pelajar juga diberikan dua keeping gambar kartun yang menunjukkan situasi terkini yang berlaku di institusi persekolahan dan pelajar ikehendaki mentafsir gambar tersebut dan membincangkan tentang cara mengatasi masalah itu.
    • Kemudian pelajar akan berkumpul di kawasan perhimpunan untuk sesi refleksi dan proses penukaran penghulu serta ketua keselamatan. Selain itu, terdapat juga proses untuk menukar ‘kata password’ untuk tujuan keselamatan dan perlindungan daripada orang yang tidak dikenali yang masuk ke kawasan khemah pada waktu malam. Penukaran jawatan ini akan dapat melatih dan menonjolkan potensi diri para peserta serta daya kepimpinan yang dimiliki.
    • Sesi refleksi pada malam ini membincangkan aktiviti yang telah dijalankan kepada pelajar dan nilai serta pengajaran yang boleh didapati daripada aktiviti-aktiviti tersebut.
    • Selepas sesi refleksi tamat, pelajar dikehendaki merehatkan diri kecuali yang akan bertugas untuk berkawal.

  1. Hari ketiga, Jumaat (22 Februari 2008 )
    • Aktiviti dimulakan seawal pukul 5 pagi dengan persiapan untuk menyediakan sarapana oleh kumpulan yang bertugas dan persiapan diri sebelum mengerjakan solat subuh berjemaah.
    • Setelah masuk waktu solat, pelajar-pelajar terus meninaikan solat dan selepas selesai menunaikan solat, sesi tazkirah pula dijalankan. Sesi ini dikendalikan oleh Hj Amir yang telah memetik bahawa kita perlu mengor,mati ibu bapa. Tn Hj juga telah menyelitkan kisah burung gagak sebagai renungan bersama oleh pelajar yang mengisahkan tentang bagaimana kesabaran dan kasih saying ayah terhadap anaknya tetapi sebaliknya pula apa yang dibalas oleh si anak apabila menghadapi situasi yang serupa,
    • Pada pukul 7 pagi, semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul dan menyanyikan lagu patriotik dan kemudian diteruskan dengan aktiviti Malaysia Cergas dengan berjogging di  tepi pantai serta regangan otot-otot badan.
    • Selepas itu, pada pukul 8.30 hingga9.30 pagi,  pelajar-pelajar bersarapan dan berkumpul ikut kumpulan untukberbincang tentang aktiviti persembahan yang akan dilakukan pada waktu malam.
    • Pada pukul 9.30 pagi semua pelajar dikehendaki untuk bekumpul mengikut kumpulan dan meneruskan aktiviti air dan aktiviti darat. Kumpulan 1,2,4 dan 8 akan makukan aktiviti air dan kumpulan 3,5,6 dan 7 pula akan melakukan aktiviti darat.
    • pada pukul 12.45, aktiviti tamat dan semua pelajar lelaki dikehendaki bersia bagi menunaikan solat jumaat di kawasan berhampiran manakala pelajar perempuan akan tinggal di tapak perkhemahan untuk memasak dan menunaikan solat disurau berdekatan sahaja.
    • Setelah selasai menunaikan solat jumaat, pada pukul 3 petang semua pelajar menaikai bas dan di bawa berjalan –jalan di sekitar langkawi, antaranya gamat nusantara, kedai batik dan kereta kabel.
    • Pelajar pulang semula ke tapak kem pada pukul 7 malam. Setelah persiapan diri, pelajar dikehendaki berlatih dalam kumpulan masing-masing untuk aktiviti persembahan pada malam ini.
    • Setelah selesai menunaikan solat, pelajar dikehendaki ke ruang utama resort untuk majlis pesembahan oleh kumpulan-kumpulan dan majlis makan malam.
    • Aktiviti persembahan habis pada pukul 12 malam dan semua pelajar diminta berehat.

  1. Hari keempat, sabtu (23 Februari 2008)
    • Seperti biasa pelajar akan menunaikan solat subuh berjemaah dan selepas itu mendengar tazkirah oleh Tn Hj amir dan Tn Hj Rahim.
    • Pada pukul 7 pagi, semua pelajar diminta berhimpun di tapak pkem untuk mendengar taklimat terakhir.
    • Aktiviti Malaysia Cergas dijalankan seperti biasa. Selepas Malaysia Cergas, pelajar-pelajar bersarapan bersama.
    • Pada pukul 9 pagi, semua pelajar diminta masuk ke dalam dewan bagi upacara perasmian  program BIG siri ke-16.
    • Pukul 10 pagi adalah ketibaan pengarah, Tn Hj Shaidan dan disambut oleh kem komandan beserta jurulatih-jurulatih .
    • Pengarah diminta untuk memeriksa barisan kawad yang dianggotai oleh pelajar PISMP IPGM semester satu, ambilan Januari 2008.
    • Perasmian penutupan oleh Yng Berbahagia Tn pengarah
    • Pelajar-pelajar diminta berhimpun sekali lagi di tapak kem bagi upacara menurunkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik.
    • Pembersihan kawasan tapak perkhemahan leh pelajar dan persiapan untuk pulang termasuklah membuka khemah.
    • Pada pukul 11 pagi, semua pelajar telah siap berkemas dan dibawa menaiki bas ke Langkawi fair untuk membeli belah.
    • Pada pukul 2.30 petang, bas sampai di Jeti Pekan Kuah dan menaiki feri pulang ke Jeti Kuala perils.
    • Feri tiba di Kuala Perlis pada pukul 3.30 petang dan aktiviti menurunkan barang dari feri umtuk dibawa masuk ke dalam bas IPDA dilakukan.
    • Basa IPDA bertolak pada pukul 3.45 petang dan sampai ke Setor Peralatan pada pukul 4.30 petang.
    • Semua peralatan dipulangkan, khemah dikemaskan dan disimpan
    • Pada pukul 6 petang, semua pelajar tiba di Taman Siswa.


·         Selepas
·         Refleksi di kalangan AJK program BIG siri ke-16 PISMP IPGM semester pertama , ambi;an januari 2008.
·         Laporan penuh aktiviti

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI:

Ø  Masalah utama ialah aktiviti hanya diketahui oleh AJK apabila sampai di kawasan perkhemahan sahaja.
Ø  Peralatan bdan bahan-bahan untuk aktiviti LDK tidak mencukupi, antaranya ialah kertas mahjong.


KESAN AKTIVITI KEPADA PESERTA.

Ø  Peserta-peserta megetahui dan mempelajari sesuatu yang baru melalui kesilapan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah dan jurulatih.
Ø  Para peserta didedahkan kepada proses pengelolaan dan pengurusan bagi menjayakan aktiviti yang berlangsung sepanjang program perkhemahan ini.
Ø  Para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada melalui aktiviti yang telah dirancangkan.
Ø  Peserta-peserta juga telah diberi kesedaran supaya menghargai alam sekitar dan memeliharanya.
Ø  Sepanjang aktiviti i ini dijalankan, kualiti kepimpinan juga telah ditonjolkan secara tidak langsung serta penerapan nilai-nilai murni yang menepati matlamat  falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan individu secara menyeluruh dan membangun dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial.
Ø  Melalui program sukan rekreasi seperti ini juga, secara tidak langsung para peserta ditekankan pengurusan masa dan disiplin.

     TANDATANGAN

………………………….
(MUHAMMAD ZULHILMI B ISMAIL)
AJK AKTIVITI PROGRAM BIG SRI KE-16

No comments:

Post a Comment