Pages

Sunday, October 31, 2010

PISMP 1 - KKBI IP I (EN KHALID)


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, yang demokratik, yang progresif dan yang berdisiplin.”

            Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komperinsif mengenai fitrah manusia dan makna realiti dimana kita berada. Falsafah juga merupakan satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya. Maka samada secara langsung atau tidak langsung, falsafah hidup kita memainkan peranan penting bagi menentukan hala tuju kita dan cara kita melayan orang lain. Sebagai contoh, Falsafah Pendidikan Guru di atas merupakan satu panduan kepada para guru khususnya dan kepada semua pendidik secara amnya yang mana amat penting bagi golongan ini untuk memimpin generasi muda dan belia negara supaya membentuk hidup yang sejahtera, pembinaan Negara yang harmonis dan juga melahirkan modal insan kelas pertama.
            Menurut kamus Online Merriam-Webster, “guru” di definisikan sebagai “seorang yang mengajar”. Sinonim-sinonim lain yang disenaraikan bagi perkataan guru  termasuklah “pendidik”, “instruktur”, “ahli pedagogi”,” jurulatih” atau “tutor”. Menurut Akta Pendidikan 1996 pula “Guru” membawa erti kepada seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan, di bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh. Dan konsep initermasuklah guru besar ataupun pengetua.
            Falsafah pendidikan Guru telah dicipta untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Maka, peranan yang dimainkan oleh seseorang guru itu haruslah berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan melalui Falsafah Pendidikan Guru dan yang seterusnya membawa kepada pencapaian matlamat menyeluruh iaitu nilai dan mesej yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Terdapat banyak peranan yang harus dilaksanakan oleh para guru dan ianya merangkumi aspek nilai-nilai murni, jati diri, sosialisasi dan juga patriotism.
            Antara peranan guru yang pertama didalam usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melalui penghayatan sifat-sifat mulia. Melalui pengamalan sifat-sifat mulia ini, guru seharusnya menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia menolongnya. Seseorang guru itu juga perlu rela hati menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranannya dengan sebaik mungkin dan menunjukkan perwatakan yang mulia yang secara tidak langsung akan mempengaruhi dan membentuk keperibadian pelajar-pelajarnya.
Peranan guru yang kedua dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ialah guru yang sentiasa selangkah kehadapan dan akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan dari semasa ke semasa supaya melalui amalan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dengan itu, seseorang guru akan sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang innovator. Melalui usaha ini,maka seorang guru akan sentiasa berpandangan progresif dan saintifik.Hal ini juga penting kerana generasi pada hari ini semakin maju dalam pelbagai bidang dan guru tidak harus ketinggalan.
Peranan seterusnya pula ialah seorang guru itu haruslah memahami seterusnya peka kepada aspirasi negara yang banyak menekankan unsur perpaduan, prihatin, ikram, berbudi bahasa, keupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya. Ini kerana, guru akan mempunyai sasaran dalam melakukan kidmat baktinya dalm memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh seperti berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Selain itu, secara tidak langsung ia akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara, sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara, mematuhi perlembagaan dan peraturan Negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama bangsa dan Negara.
Peranan yang berikutnya ialah guru perlu merangka aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menerapkan ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Peranan ini akan membantu guru dalam mencungkil potensi-potensi indivisu dan penerapan ini akan membantu kepada perkembangan potensi yang positif. Maka dengan ini, terjadilah proses penjalinan perkembangan individu seperti yang disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Kesimpulannya, kerajaya guru merupakan suatu ibadah yang membawa implikasi bahawasanya seseorang guru perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab profesional dengan sebaik mungkin disamping meningkatkan profesionalisme agar mengikuti perkembangan terkini dalam semua bidang amnya dan bidang pembelajaran khususnya agar menunaikan kewajipansebagai guru dan warga pendidik seterusnya menghasilkan murid-murid yang berkualiti selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment