Pages

Sunday, October 31, 2010

PISMP 1 - KKBI IP II PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (DR MAHERAN)


Tugasan ini telah memberikan saya beberapa petunjuk dan informasi menuju ke arah menjadi seorang tenaga pengajar di institusi persekolahan. Sebagai bakal warga pendidik, tugasan yang diberikan ini telah mendedahkan sedikit teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari segi personaliti dan beberapa faktor yang mempengaruhinya. Tugasan ini turut meninggalkan beberapa implikasi dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Antara implikasi-implikasi tersebut ialah, guru perlulah sentiasa berjumpa dan berbincang dengan pihak ibu bapa tentang perkembangan murid-murid. Proses komunikasi di antara guru dan ibu bapa akan membantu guru dalam memahami personaliti anak-anak semasa di rumah dan guru dapat membuat perbandingan tentang personalitinya di sekolah. Ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui tentang perkembangan dan pertumbuhan yang berlaku pada anak-anak mereka. Melalui proses kolaborasi yang dilakukan guru akan dapat lebih mengetahui jenis personality muri-murid yang berbeza dan dapat menyediakan prancangan pengajaran yang bersesuaian.
 Implikasi yang kedua ialah guru perlu memahami tingkah laku murid-murid. Ini kerana dengan memahami tingkah laku murid-murid, ia akan berperanan dalam membentuk perkembangan personaliti murid tersebut. Guru perlulah menggunakan segala ilmu dan kemahiran dalam psikologi pendidikan yang telah dipelajari untuk memahami tingkah laku  murid. Melalui ilmu dan kemahiran yang ada, guru boleh meramal tingkah laku yang negatif murid dalam bilik darjah. Ia juga membantu guru dalam mengenal pasti punca tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah.
Implikasi yang ketiga ialah guru perlu menerima hakikat bahawa setiap individu adalah berbeza dan unik. Guru perlu menyedari bahawasanya setiap murid unik dan berbeza daripada segi kognitif, emosi, fizikal, juga personaliti diri. Hakikat ini penting agar guru tidak melabel kanak-kanak yang lemah sebagai murid yang bodoh, dan tiada masa hadapan. Hal ini kerana pelajar yang sering dicaci atau dikecam tentang kegagalan dan kekurangan diri mereka akan mempengaruhi imej personaliti mereka. Contohnya sebagai sokongan, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Norlaila Hamima Jamaluddin dalam Tekanan Emosi Si Cilik yang mengatakan “Malah, melabelkan anak dengan panggilan kurang baik seperti gemuk, bodoh, bulat atau jahat akan membuatkan gytredsa tdanak percaya mereka benar-benar seburuk seperti ‘nama timangan’ mereka.” Maka, guru harus sedar bahawa setiap insane yang dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan gurulah yang harus memberikan bimbingan kepada mereka. Bimbingan yang betul akan membantu individu menjadi lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup seterusnya membantu kearah pembentukan personaliti positif.

No comments:

Post a Comment