Pages

Sunday, October 31, 2010

PISMP 1 - KKBI IP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (DR MAHERAN)


Terdapat sebuah blog di internet yang menyiarkan satu topik yang bertajuk membentuk personaliti positif pada anak. Ringkasnya artikel ringkas ini menceritakan tentang potensi pembelajaran anak-anak sejak bayi lagi dan peranan yang seharusnya diambil oleh ibu bapa untuk membentuk ciri-ciri positif pada kanak-kanak. Secara umumnya diri manusia dibezakan menerusi dua aspek, iaitu kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat ; manakala aspek personality meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi sikap dan motivasi.
Sebagai permulaan huraian saya mengenai artikel yang berkisarkan tentang perkembangan personaliti ini, saya bersetuju dengan artikel ini bahawasanya peranan ibu bapa penting dalam membentuk ciri-ciri positif personaliti kanak-kanak. Ini kerana, ibu bapa lah yang mula-mula mengetahui akan proses perkembangan dan pertumbuhan anak-anak mereka. Di dalam artikel oleh Noor fazrina Kamal ini menyatakan “ perlu diketahui oleh setiap ibu bapa juga bahawa inilah saat dan masanya untuk memberi stimulasi atau rangsangan kepada minda dan tumbesaran psikomotor bayi agar membesar menjadi seorang yang bijak dan responsif terhadap orang mahupun keadaan sekelilingnya.” Maksudnya disini ialah seawal bayi mencecah enam bulan, ibu bapa sudah mula boleh mengambil peranan untuk mendidik anak-anak supaya personaliti anak-anak ini kelak akan menjadi positif. Ini turut disokong oleh Allport (Mahmood Nizar, 2005) yang mendefinisikan personaliti sebagai organisasi sistem psikofizik yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian dengan persekitarannya. Sebagai contoh yang dapat saya sertakan dari artikel yang bertajuk ‘Adiputra Budak Genius’ menceritakan tentang Abd Ghani, bapa kepada Adiputra yang pintar cerdas telah mengenalpasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.
Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Lihanna Borhan, setiap ibu bapa harus menyediakan persekitaran yang stabil, serta mengadakan rutin yang jelas dalam kehidupan sehari agar anak dapat memahami dan menerima keadaan sekeliling seadanya. Manakala Dr. Lihanna yang mendalami psikologi kanak-kanak dan remaja berpendapat, untuk mendapatkan anak yang bijak dan sosial, ibu bapa haruslah mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai sekerap yang mungkin. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (2008), faktor pengalaman awal individu akan mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak. Ini disokong oleh Freud yang menekankan kepentingan pengalaman awal (zaman kanak-kanak) dalam perkembangan personaliti. Trauma kelahiran, perpisahan dari ibu (separation) adalah pengalaman yang sukar dihadapi oleh anak-anak. Anak-anak akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Melalui hasil pengalaman (konsep kendiri) inilah mereka dapat membentuk ciri personaliti positif seperti ketabahan, berdikari, hormat orang tua dan sopan santun. Ingin saya ambil contoh dari artikel tadi, yang bertajuk ‘Adiputra Budak Genius’ yang mana menunjukkan hasil dari pengalamannya serta interaksi sosial yang mempengaruhi Adiputra menunjukkan personaliti positif, "Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak' walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

Kesimpulannya, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang dan ibu bapa memainkan penting dalam membantu perkembangan personaliti anak-anak dengan memberikan pendedahan awal.

No comments:

Post a Comment