Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PJ SUKAN REKREASI : LAPORAN KUMPULAN (EN CHEE PAO KAM)


LAPORAN AHLI JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS SUKAN REKREASI

PENSYARAH PENASIHAT:

  1. En Abu Bakar bin Abdulloh.
  2. Tn. Hj. Ghazali bin Omar.
  3. Pn. Ruzaini binti Ali.

AJK PERALATAN:
  1. Muhammad Zulhilmi Bin Ismail
  2. Mohd Irwan Bin Sharidan
  3. Wan Mohd Izaidi Bin Ibrahim
  4. Fatimah Binti Mohamed Nurani
  5. Nur Suhada Binti Zainuddin

TARIKH:
 07 September2007 – 10 September 2007

TEMPAT:
Teluk Batik Lumut,
 Perak Darul Ridzwan.


PERLAKSANAAN AKTIVITI:
·         Sebelum:
-       Mendapatkan dan menempah baju t-shirt peserta, pensyarah serta fasilitator. Sebanyak dua helai t-shirt bagi setiap seorang peserta dan pensyarah.
-       Membuat tag nama peserta, pensyarah dan fasilitator serta merekacipta corak banner bagi aktiviti Sukan Rekreasi ini.
-       Menyenaraikan alatan-alatan yang diperlukan sepanjang aktiviti perkhemahan.
-       Memeriksa peralatan kali terakhir sebelum dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke tempat perkhemahan.


·         Semasa.

-       Mendirikan ampaian pada hari pertama perkhemahan iaitu 7/9/2007
-       Memagari keseluruhan kawasan perkhemahan dengan pita keselamatan.
-       Membuat lubang sampah kering dan lubang sampah basah yang telah disempurnakan pada hari kedua aktiviti perkhemahan dijalankan iaitu pada 8/9/2007.
-       Memacakkan tiang bagi upacara menaikkan bendera. Tugasan ini dilakukan pada 8/9/2007
-       Membantu AJK lain sepanjang aktiviti perkhemahan.


·         Selepas

-       Mengadakan aktiviti bergotong royong bagi memastikan kebersihan tapak perkhemahan yang telah disewa .
-       Menyediakan sijil penyertaan.
-       Melakukan pemeriksaan peralatan yang telah digunakan.
-       Melakukan post-morterm.






MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI:

Ø  Masalah utama ialah kerana kurangnya kolaborasi di antara AJK-AJK induk bagi mendapatkan maklumat terkini dan masalah-masalah yang berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan.
Ø  Peralatan-peralatan yang diminta lambat diterima dan perlu dipinda. Masalah ini disebabkan oleh permintaan barangan tambahan yang lambat dimaklumkan oleh pensyarah dan fasilitator.
Ø  Peralatan yang digunakan semasa aktiviti perkhemahan tidak sesuai. AJK tugas-tugas khas terpaksa menggunakan alternatif lain untuk membina ampaian kerana buluh yang diperlukan untuk membuat ampaian tidak dapat dibekalkan serta maslah kesuntukan masa bagi mencari buluh tersebut.
Ø  Terdapat peralatan yang disenaraikan oleh AJK tugas-tugas khas tiada dalam senarai semasa proses penerimaan barang daripada AJK peralatan. Sebagai contoh, Bateri lantern yang diminta tidak dibekalkan walaupun ia digunakan semasa aktiviti perkhemahan.
Ø  Kerjasama daripada para peserta dan AJK kurang memuaskan dan melambatkan kerja-kerja AJK tugas khas. Contohnya, gambar yang diminta untuk membuat tag nama peserta lambat diterima oleh AJK tugas khas yang membantutkan proses seterusnya bagi menyempurnakan tugas membuat tag nama. Malah kami juga terpaksa mencari gambar peserta bagi mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Selain itu, sebarang pertambahan yang berlaku dan dilakukan oleh AJK lain tidak dimaklumkan segera kepada AJK tugasan khas.
Ø  Masalah lewat menyiapkan tugasan banner. Masalah ini berpunca daripada masalah untuk memuaskan hati pensyarah bagi mendapatkan corak banner yang sesuai. Satu lagi masalah berkaitan banner ialah masalah bagi pembayaran banner. Hal ini kerana pihak setor utama Institut Perguruan Darulaman tidak membekalkan atau tidak boleh mendapatkan banner bagi aktiviti perkhemahan ini. AJK tugas-tugas khas  terpaksa mencari alternatif menempah banner dari kedai yang memakan belanja.
Ø  Masalah mendapatkan sijil bagi para peserta. Setelh berjumpa dengan pensyarah yang berkenaan di bahagian Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan, kami dimaklumkan hanya pensyarah dan peserta sahaja yang akan mendapat sijil penghargaan. Tiada sijil bagi pelajar atau peserta aktiviti sukan rekreasi.


CADANGAN:

Ø  Mesyuarat di antara AJK-AJK induk perlu diadakan dengan lebih kerap bagi mendapatkan maklumat dan situasi terkini perjalanan aktiviti perkhemahan.
Ø  Para pensyarah perlu membimbing pelajar dan memberikan panduan serta prosedur perkhemahan yang betul sepanjang aktiviti perkhemahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ø  Perbincangan diantara pensyarah juga adalah perlu bagi mengelakkan salah faham maklumat diantara pelajar kerana perbezaan pendapat yang diutarakan oleh pensyarah.
Ø  Setiap peserta perlu memahami dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk menjayakan program perkhemahan yang dijalankan ini.
Ø  Kerjasama diantara peserta adalah perlu tanpa mengira AJK dan bidang tugas bagi mmempercepatkan proses menyiapkan tugasan.



KESAN AKTIVITI KEPADA PESERTA.

Ø  Peserta-peserta megetahui dan mempelajari sesuatu yang baru melalui kesilapan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah dan fasilitator.
Ø  Para peserta didedahkan kepada proses pengelolaan dan pengurusan bagi menjayakan aktiviti yang berlangsung sepanjang program perkhemahan sukan rekreasi ini.
Ø  Para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada melalui aktiviti yang telah dirancangkan.
Ø  Peserta-peserta juga telah diberi kesedaran supaya menghargai alam sekitar dan memeliharanya.
Ø  Sepanjang aktiviti Sukan rekreasi ini dijalankan, kualiti kepimpinan juga telah ditonjolkan secara tidak langsung serta penerapan nilai-nilai murni yang menepati matlamat  falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan individu secara menyeluruh dan membangun dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial.
Ø  Melalui program sukan rekreasi ini juga, secara tidak langsung para peserta ditekankan pengurusan masa dan disiplin.




     TANDATANGAN

………………………….

(MUHAMMAD ZULHILMI B ISMAIL)

No comments:

Post a Comment