Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - KE (PN NORHAYATI BT HJ AHMAD ZAKARIA)


TAJUK : RIBUAN MOGOK DI PENJARA BRITAIN
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


            Melalui isu yang dipaparkan oleh akhbar tempatan ini, ia mengetengahkan isu tentang beribu-ribu pegawai penjara di Britain dan Wales yang telah mengadakan mogok selama 24 jam. Puncanya kerana mereka tidak berpuas hati. Hasil daripada keadaan ini, maka keadaan penjara yang kebanyakannya penuh dengan banduan terpaksa mengurung semua pesalah di dalam bilik kurungan masing-masing.

            Di dalam kes ini, kita dapat melihat bahawasanya ribuan pegawai penjara di Britain dan Wales kekurangan satu aspek dalam kompetensi sosial, aspek tersebut ialah aspek pengurusan konflik. Aspek pengurusan konflik adalah satu aspek dimana kebolehan individu untuk berunding bagi menyelesaikan masalah-masalah atau perbalahan sesama individu dalam konteks sosial. kesan daripada mogok yang diadakan, bukan sahaja menimbulkan masalah kepada banduan di dalam penjara tersebut malahan secara tidak  langsung ia memberi kesan kepada kerajaan berhubung sistem penjara di Britain. Sekiranya individu terlibat dapat berunding dengan pihak kementerian (menguruskan konflik dengan baik), maka tiada masalah akan timbul.
            Untuk mengatasi masalah ini, aspek pengurusan konflik dalam komponen kompetensi sosial perlu dilatih dan dipertingkatkan. Selain itu, aspek kesedaran organisasi dalam komponen kesedaran sosial juga harus dilatih bagimembaca emosi sesebuah kumpulan dan kuasa hubungannya agar tiada masalah yang timbul. Contohnya dalam konteks isu ini ialah, hubungan diantara pegawai penjara dengan banduan dan kementerian keselamatan negara tersebut.

TAJUK : HUTAN TERBAKAR KERANA DENGKI
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO

            Isu ini mengetengahkan tentang penglibatan sekumpulan tujuh orang yang telah ditangkap ke muka pengadilan kerana dipercayai telah terlibat dalam kegiatan membakar hutan di Greece dengan niat hasad dengki. Hasil daripada perbuatan yang tidak bermoral ini, lebih daripada 60 nyawa melayang dan besar kemungkinan kebakaran akan mengancam keselamatan beberapa kawasan bersejarah di Rom itu.
            Punca kepada kejadian ini ialah perasaan hasad dengki. Pelaku yang melakukan kesalahan ini kekurangan elemen empati kerana kurangnya kesedaran akan perasaan orang lain serta tidak mengambil berat tentang hal orang lain. malahan terdapat aspek kompeensi emosi dari aspek pengurusan kendiri personal seperti kawalan emosi kendiri.
            Cadangan bagi mengatasi kekurangan elemen ini ialah dengan meningkatkan perasaan empati kita terhadap keperluan orang lain. selain itu, pesalah juga perlu diajar cara untuk mengurus kawalan emosi kendiri bagi membolehkan individu membuat pertimbangan yang wajar dan tidak mengambik tindakan yang terburu-buru.

TAJUK : AMAH STRES DITEMUI MATI
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


            Seorang pembantu rumah warga Indonesia telah dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati tergantung di besi penghadang tangga di tingkat dua rumah majikannya. Difahamkan mangsa adalah seorang yang pering sebelum berubah menjadi murung secara tiba-tiba.
            Puncanya dikatakan kerana suaminya malas bekerja untuk mencari nafkah untuk menjaga anak-anak mereka. Mangsa telah mengalami tekanan perasaan tidak dapat membuat pertimbangan lalu mengambil keputusan mudah bagi menyelesaikan masalah yang sdang dihadapi. Dalam masalah ini, didapati mangsa kekurangan elemen kesedaran emosi dalam aspek kesedaran diri. Aspek kesedaran diri disini adalah bagi mengenal emosi sendiri dan mengetahui impaknya, menggunakan ’gut sense’ sebagai panduan untuk membuat keputusan. Dalam kes ini, sekiranya pembantu rumah tadi mengenal emosinya sendiri serta mengetahui impaknya terhadap diri sendiri maka dia akan mampu membuat pertimbangan kerana mengetahui tentang impak yang harus ditanggung selepas keputusan dibuat.
            Cadangan bagi memperbaiki elemen ini ialah dengan meningkatkan aspek kesedaran emosinya sendiri. Ini boleh dilakukan dengan melatih untuk mengenali emosi sendiri dan tahap emosi tersebut. Selain itu, individu terbabit perlulah mengetahui impak emosi tersebut kepada diri, keluarga serta masyarakat sekeliling.


TAJUK : REVOLUSI KECERDASAN
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


            Melalui keratan akhbar ini, dapat kita lihat isu mengenai seorang genius lepasan universiti Harvard  sejak zaman persekolahannya sehingga dia mendapat gelaran ’doktor matematik’. Beliau ialah Theodore John Kaczynski. Namun begitu, hasil daripada kecacatan dari segi kecerdasan emosi maka beliau telah berubah menjadi pembunuh yang kejam dan menggunakan kelebihannya untuk tujuan yang salah.
            Theodore John Kczynski atau lebih dikenali sebagi Ted, mengalami masalah dalam membina hubungan sosial dengan orang lain walaupun  dia seorang yang genius atau secara khususnya seorang individu yang memiliki intelligent quotient yang tinggi . Beliau merupakan contoh orang genius yang jahat. Namun begitu, menurut Daniel Goleman yang menulis buku Emotional Intelligence, Ted tidak cukup cerdas, IQ nya bagus tetapi EQ (Emotional Quotient ) dia bermasalah. Ted kehilangan daya empati dan daya sosialisasi kendiri. Beliau juga dikenalpasti bermasalah dari segi aspek pengurusan kendiri iaitu kawalan emosi kendiri.
            Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai Intelligence Quotient tidak semestinya cerdas kerana terdapat aspek kecerdasan emosi yang perlu dipertingkatkan. Kecerdasan emosi lebih penting dari kecerdasan akal kerana ia membina hubungan dengan individu lain serta mewujudkan proses sosialisasi. Cadangan bagi mengatasi masalah Ted ialah dengan memyeimbangkan kecerdasan akal bersama dengan kecerdasan emosinya terutamanya dalam aspek kesedaran sosial, komponen empati serta aspek kawalan emosi kendirinya.


TAJUK : GEJALA  BLACK METAL
SUMBER : internet


Gejala Black Metal yang melanda negara beberapa tahun yang lalu telah banyak mempengaruhi golongan remaja. Ramai remaja yang terpengaruh dengan budaya hidup Black Metal kerana ia mengamalkan kepercayaan bebas dan tiada tuhan serta agama. Mereka juga membenci agama kristian. Dengan penggunaan simbol serta pemakaian salib terbalik.
Antara elemen-elemen yang terdapat di dalam kumpulan Black Metal ini ialah kebolehan memberi inspirasi dan dapat memandu serta mendorong individu dan kumpulannya kearah satu matlamat. Selain itu, terdapat elemen pengaruh dalam aspek kompetensi sosial iaitu elemen pengaruh. Pengaruh dari budaya dan kumpulan ini telah menyebabkan ramai pelajar terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini. Adalah diingatkan bahawa kesemua elemen-elemen ini berbentuk ke arah negatif.
Cadangan bagi mengatasi elemen ini ialah dengan mengamalkan elemen-elemen komponen kecerdasan emosi yang lain seperti elemen penghormatan kendiri. Elemen ini haruslah dipupuk dan tidak pula terlampau dipupuk sehingga wujud kepercayaan bahawa diri sendiri perlu dberi hak untuk dihormati dan mengabaikana aspek-aspek lain seperti rohaniah dan sosialisasi. Inidividu yang terlibat dalam gejala ini perlu lebih optimis sekiranya merasakan diri perlu berubah daripada terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat ini dengan mengurus dan mengawal emosi sendiri serta mendorongnya ke arah tindakan yang lebih positif.

TAJUK : ASKAR PARAMEDIK ATM TERSESAT
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


            Keratan akhbar menunjukan peristiwa seorang anggota paramedik Kor Kesihatan Diraja (KKD), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat prebet dipercayai memasuki sempadan Thailand apabila tersesat sewaktu melakukan rondaankoordinasi sempadan Malaysia-Thailand. Namun apa yang ingin ditekankan disini ialah tentang nilai kerjasama dan elemen-elemen komponen kecerdasan emosi. Di dalam peristiwa yang berlaku ini, elemen yang dapat kita tonjolkan adalah asepk membina hubungan. Memibina hubungan disini bermaksud kebolehan mendorong dan membina hubungan yang berguna. Contohnya, kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand yang bekerjasama. Askar Malaysia yang telah sesat datang ke pos tentera Thailand bagi meminta pertolongan dan Pasukan tentera Thailand telah memberikan bantuan yang sewajarnya malahan telah memberikan layanan yang istimewa kepada askar tersebut sebelum memaklumkan kepada kerajaan Malaysia.
            Cadangan yang boleh diberi untuk meningkatkan lagi kerjasama ataupun kecerdasan emosi lain yang boleh ditingkatkan ialah elemen pemangkin perubahan bagi memulakan hala tuju baru, mengurus dan memimpin perubahan bagi kedua-dua negara.



TAJUK : LINDSAY JUMPA AYAH LEPAS TIGA TAHUN
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO

Keratan akhbar ini secara ringkasnya menceritakan tentang seorang pelakon wanita Hollywood yang betemu semula dengan bapanya selepas tiga tahun tidak bertemu.  Walaupun ayahnya merupakan seorang penagih dadah dan alkohol, dan baru sahaja dibebaskan dari penjara tapi ini tidak sedikit pun menjejaskan hubungan mereka. Elemen-elemen positif dapat dilihat antaranya ialah komponen kesejahteraan individu, optimis, kebolehsuaian, empati, komunikasi dan juga melayani kepelbagaian. Komponen-komponen ini ditunjukkan apabila si anak sanggup bertemu dengan ayahnya tanpa menghiraukan wartawan yang akan mendedahkan tentang perkara ini kepada orang ramai sebagai satu gosip untuk melariskan akhbar-akhbar mereka.
            Usul yang dapat dicadangkan untuk meningkatkan elemen-elemen positif ini antaranya ialah membina hubungan. Setelah tiga tahun tidak berjumpa maka, komponen pembinaan hubungan akan membantu artis tersebut membina hidup baru bersama sebagai sebuah keluarga dan tidak menoleh kebelakang lagi.
Usul yang kedua ialah usul komunikasi, untuk membina hubungan semula ia memerlukan masa dan kebolehsuaian kerana bukan mudah untuk melupakan kenangan yang lalu dan melalui komunikasi, proses perkongsian akan bermula. Selain itu, elemen membangun individu juga dapat membantu artis dan bapanya supaya memperbaiki diri untuk menjayakan lagi perhubungan yang dibina semula. 

 
TAJUK : SHAKIRA DERMA RM 135 JUTA
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


Keratan akhbar tersebut menunjukkan sebuah badan kebajikan yang telah ditubuhkan oleh penynyi latin terkenal, Shakira menyumbangkan RM 135 juta kepada mangsa-mangsa dua bencana alam. Menurut penyanyi tersebut, wang itu akan didermakan bagi tujuan kesihatan dan pendidikan di empat buah negara di Amerika Latin.
Komponen kompetensi yang paling jelas dapat kita lihat yang terdapat pada artis ialah elmen empati. Artis itu menyedari perasaan dan keperluan orang lain serta mengambil berat. Malah, sifat optimistik yang ditunjukkan oleh beliau hasil daripada pengurusan dan kawalan emosi terhadap situasi yang sedang berlaku.
Antara cadangan bagi meningkatkan lagi kompetensi ini ialah komponen melayani kepelbagaian. Cadangan in dibuat atas dasar bahawa si artis boleh membina peluang-peluang melalui individu yang berlainan untuk meningkatkan moraliti dan tahap kesedaran emosi kendiri.

TAJUK : 40 PENYU TERDAMPAR DILEPAS KE LAUT.
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO


            Keratan akhbar menunjukkan penduduk Kuala Tunjang telah melepaskan 40 ekor penyu yang terdampar di Kuala Tunjang kembali ke laut.  Menurut laporan akhbar, penduduk-penduduk tersebut telah menemui penyu-penyu berkenaan di celah timbunan kayu dan sampah sarap termasuk beberapa ekor yang cedera dan mati.
            Komponen kecerdasan emosi yang terdapat dalam peristiwa ini ialah elemen empati dan kerja berpasukan apabila, penduduk kampung telah berstu padu bagi  membebaskan penyu-penyu yang terdampar kembali ke laut serta merawat penyu-penyu yang telah cedera.

TAJUK : REKOD ANGKAT BERAT DENGAN TELINGA
SUMBER : Akhbar tempatan, KOSMO



            Laporan akhbar telah memaparkan kisah seorang warga pakistan, Zafar Gill  telah berjaya meletakkan namanya dalam buku rekod Guiness selepas berjaya mengangkat pemberat hampir 62 kilogram dengan menggunakan cuping telinga kanannya. Dalam usahanya, beliau telah menggunakan alat pengepit teliga khas untuk melindungi telinganya dan pelipis sebelum mengangkat pemberat tersebut. Beliau juga telah mmenyatakan kepada pihak akhbar, bahawa dia tidak pernah mem punyai masalah pendengaran berikutan hobi peliknya itu.
            Apa yang ingin diulaskan disini ialah eleman komponen kecergasan emosi yang dimiliki oleh individu terbabit. Pertama, elemen optimistik, yang kedua ialah kesedaran ketepatan kendiri. Beliau dikatakan optimistik kerana mampu mengawal dan menguurus emosinya pada ketika dia mengangkat pemberat itu. Sekiranya beliau tidak mempunyai eleman komponen tersebut, maka tidak mungkin beliau akan dapat mengangkat pemberat tersebut. Beliau juga dikatakan mempunyai kesedaran ketepatan kendiri kerana menyedari kekuatan yang ada pada diri serta kelemahan yang terdapat pada dirinya. Oleh kerana itu maka beliau berasa yakin dan tidak menghadapi sebarang masalah pendengaran untuk terus melakukan hobi peliknya itu.




No comments:

Post a Comment