Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - KS PATRIOTISME 2(EN BOON JONG FOK)


KIBARAN JALUR GEMILANG DI BULATAN IPDA




Jalur Gemilang di beri nama,
Mohamad Hamzah pereka cipta,
Lambang kedaulatan negara Malaysia,
Kibarkan sentiasa dengan megahnya.

Bulan kemerdekaan menuntut individu bergelar rakyat Malaysia supaya menzahirkan patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.
Apabila disebut sahaja patriotisme, yang terlintas di fikiran ialah
kibaran Jalur Gemilang, perarakan, perbarisan dan laungan Merdeka yang
bergema memecah kesunyian pagi setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.
Persoalan yang harus direnung bersama adakah mengibarkan bendera kebangsaan itu satu perkara yang sukar atau memalukan? Kita lihat kepada wira-wira negara yang telah berjaya menamatkan beberapa ekspedisi sempena sambutan kemerdekaan tahun ini seperti Merdeka de Everest 2007 dan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Pemuda UMNO. Pujian yang tinggi diberikan kepada mereka kerana mereka adalah golongan warganegara yang bersemangat tinggi mahu mengharumkan nama negara serta sanggup menghadapi kesukaran membawa Jalur Gemilang ke puncak dunia.
Penat lelah mereka bagaikan tidak berbaloi apabila di Malaysia,
rakyatnya sendiri tidak mampu dan mahu mengibarkan bendera tersebut.
Kalau kita perhatikan juga, yang berani dan sudi mengibarkan
bendera biasanya mereka yang memiliki kereta tempatan kategori
sederhana sahaja.  Jarang benar hendak berjumpa kereta import dan berjenama mewah yang sanggup mempamerkan semangat patriotik mereka. Selalunya alasan mereka -- pelekat pada bendera mini ini akan ''mencemarkan'' kereta
mereka. Manakala kumpulan yang nampak bersungguh-sungguh dan seronok
memegang dan mengibarkan Jalur Gemilang hanyalah anak-anak di sekolah.
Sebagai menunjukkan kesetiaan, perpaduan dan patriotisme,
mengibarkan Jalur Gemilang merupakan satu simbolik kecintaan kita kepada
tanahair. Kibarkan  Jalur Gemilang kerana ia merupakan  salah satu cara menyemarakkan patriotisme dalam diri kita anak-anak pasca kemerdekaan.

MALAM AMBANG KEMERDEKAAN






No comments:

Post a Comment