Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - KS PATRIOTISME (EN BOON JONG FOK)


PROGRAM YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

Sebelum Hari Kemerdekaan

Pada tanggal 16 Ogos 2007, majlis pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan bertempat di hadapan Perkarangan Pusat Sumber IPDA. Majlis ini dikelolakan oleh Jabatan Kajian Sosial dan Jabatan Teknologi Maklumat dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPDA. Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Kedah, serta lagu tema kemerdekaan 2007, Malaysiaku Gemilang. Nyanyian lagu tema diiringi oleh kumpulan koir yang disertai kumpulan pelajar KDPM KEMAS semester 1 dan pelajar KPLI Pra sekolah semester 1. 6 orang terlibat dalam flying folk iaitu 2 pensyarah dan 4 orang pelajar. Selepas itu, pelajar bergerak ke bulatan IPDA dan meneruskan aktiviti dengan menaiki kenderaan bagi jelajah seluruh Jitra. Peristiwa ini begitu penting kerana ia menunjukkan semangat patriotisme pelajar-pelajar IPDA sendiri dan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriorisme di kalangan penduduk setempat. Persoalan kenapa kita hharus malu tidak timbul kerana ia mencerminkan semangat jati diri pelajar sendiri.

            Pertandingan menghias kelas bertemakan kemerdekaan dianjurkan oleh Jabatan Bahasa. Pertandingan ini melibatkan penglibatan semua kelas dan dilaksanakan dari 26 Ogos 2007 hingga 11 September 2007. Pada 27 Ogos 2007 bersamaan hari Isnin, pameran mengenai tokoh kemerdekaan dan pertandingan etika dan integriti telah dilangsungkan. Pameran ini kelolakan oleh Jabatan Sains Perpustakaan dan pameran ini diadakan di Pusat Sumber IPDA. Pameran ini berlangsung sehingga 9 September 2007. Mengenali tokoh-tokoh juga adalah penting kerana ia membantu kita dari segi intelek kepatriotisme.


30 OGOS 1957 – Malam ambang kemerdekaan

            Pada malam ambang kemerdekaan, Institut Perguruan Darulaman telah mengadakan sambutan malam ambang kemerdekaan dengan penglibatan dari warga Institut Perguruan Darulaman iaitu para pensyarah dan pelajar serta staf-staf IPDA. Sebelum majlis tersebut berlangsung, majlis bacaan tahlil dan tazkirah telah diadakan bertempat di Masjid An-nur, Institut Perguruan Darulaman. Majlis ini telah diadakan selepas solat Maghrib dan bertujuan memohon keberkatan dan diberi kesedaran supaya menghargai ulangtahun kemerdekaan yang telah dikecapi selama 50 tahun lamanya. Pada majlis ini, terdapat unsur-unsur patriotisme yang telah diterapkan ketika penyampaian tazkirah kepada pensyarah dan guru-guru pelatih khususnya. Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Najdi dari Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral ini mengingatkan pelajar supaya berpegang kepada jati diri dan memelihara serta meningkatkan nilai patriotisme yang telah tersemai di dalam diri masing-masing. Ini kerana ramai remaja dan golongan belia Negara yang terikut-ikut dengan budaya dari luar, menunjukkan betapa rapuhnya jati diri bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai budaya dan adat.

            Selepas majlis tahlil dan tazkirah, para pensyarah dan pelajar telah masuk ke dewan pada jam 10.00 malam bagi meneruskan sambutan majlis ambang merdeka. Para pensyarah dan pelajar didalam dewan kemudiannya menyaksikan persembahan dari para pelajar IPDA. Persembahan yang dijalankan ialah sketsa oleh pelajar kumpulan PPISMP semester 3, deklamasi sajak daripada Muhamad Tarmizie, pelajar PPPRPET Sains/ matematik serta persembahan bahasa berirama versi inggeris ciptaan tersendiri pelajar B.Ed Tesl. Menariknya persembahan yang dilakukan oleh para pelajar adalah dari segi persiapan sketsa tersebut yang mengambil masa selama seminggu sahaja. Apa yang ingin ditonjolkan disini ialah semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh para pelajar yang berusaha keras bagi menjayakan majlis sambutan malam ambang merdeka. Persembahan sketsa ini berkisarkan tentang betapa sukarnya pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu berlatarkan zaman jepun untuk menuntut kemerdekaan walaupun jurang perbezaan yang luas diantara penjajah dengan penduduk Tanah Melayu ketika itu dan perbezaan selepas zaman pasca merdeka khususnya para belia kita. Sketsa ini memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa penduduk sebelum zaman merdeka mempunyai semangat juang yang tingi, berjuang demi mempertahankan tanah air tetapi lain pula keaadaannya dengan golongan belia zaman sekarang yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan malah semangat patriotisme yang ditunjukkan juga rapuh ditelan kemewahan dan keseronokan dunia. Manakala sajak yang dideklamasikan oleh Muhamad Tarmizi juga mengisahkan tentang semngat pertiwi dan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Begitu juga dengan persembahan dari pelajar B.ed Tesl yang mengimbas kembali titik penting zaman sebelum kita menuntut kemerdekaan.

            Selepas persembahan-persembahan dari para pelajar, para hadirin di Dewan Besar telah ditayangkan pula tayangan mengenai perjalanan menuntut kemerdekaan yang telah didapati ihsan daripada Arkib Negara. Tayangan menunjukkkan perjalanan menuntut kemerdekaan sehinggalah detik-detik bersejarah pengisytiharan merdeka. Sesungguhnya tayangan ini menunjukkan betapa semangat pertiwi membantu pemimpin dahulu untuk menuntut hak kemerdekaan dari pihak British. Selain itu terdapat juga selitan jenaka dan kejutan dari pelajar yang mengelolakan majlis ambang merdeka yang menampilkan kepetahan dua gadis berpakaian kostum ala-ala semut. Mereka ini dinamakan semut-semut merdeka. Semut-semut merdeka ini akan memilih beberapa orang pelajar yang berada di dalam dewan dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan negara. Ternyata kepetahan mereka memeriahkan lagi sambutan majlis ambang merdeka. Semangat patriotisme bukan sahaja membantu kita mengenali jati diri malah sejarah bangsa dan negara.

Detik 12.00 malam tibalah ulangtahun malaysia merdeka yang ke 50. Laungan kememrdekaan memenuhi segenap pelosok Dewan Besar IPDA mencerminksn semangat patriotik para pelajar yang membuak-buak.

            Kesimpulannya, kesemua peristiwa yang berlaku sepanjang bulan merdeka adalah amat bererti bagi setiap jiwa yang telah merdeka. Kita harus menunjukkan jiwa patriotik dan bukan bermegah dengan budaya luar. Semangat tokoh zaman menuntut kemerdekaan harus di contohi dan dipelihara sehingga kini terutamanya oleh belia negara bagi mengelakkan dari ancaman anasir-anasir luaran dan dalaman dalam usaha menjatuhkan maruah negara dan melakukan pejajahan sekali lagi.


           





No comments:

Post a Comment