Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PJ SUKAN REKREASI : KEKUATAN DAN KELEMAHAN VERSI 2


Selepas berlalunya satu aktiviti yang telah dijayakan dengan cemerlang iaitu sukan dan rekreasi yang disertai oleh kami iaitu pelajar-pelajar PPISMP semester 3 di Teluk Batik maka di sini kami dapat menghasilkan satu refleksi bagi tujuan pernambahbaikan untuk aktiviti lain yang akan datang. Kami sebagai ahli jawatankuasa tugas-tugas khas akan menyimpulkan segala masalah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

            Sebagai ahli jawatankuasa tugas-tugas khas kami perlu sentiasa bersedia, berwaspada dan peka dengan segala masalah yang akan muncul. Ini kerana masalah selalunya timbul disaat-saat akhir dan tidak dijangka, maka dengan itu setiap ahli kumpulan kami perlu bergerak untuk memastikan segala masalah dapat di bendung.

            Antara masalah-masalah yang timbul sepanjang perjalanan aktiviti ini dijalankan ialah kami kekurangan ahli. Kami hanya mempunyai kekuatan ahli seramai 5 orang, yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan, faktor ini telah menyukarkan kami untuk melaksanakan tugas dengan sempurna terutamanya tugas-tugas berat, contohnya semasa ingin mendirikan ampaian. Kami terpaksa meminta bantuan daripada peserta lain.

            Masalah seterusnya ialah tidak semua ahli jawatankuasa kami mempunyai  berkemahiran dalam beberapa tugasan yang tertentu. Contohnya seperti pemasangan litar elektrik dan penyambungan wayar untuk membekalkan arus elektrik ke kawasan perkhemahan. Perkara ini amat penting untuk memberi sumber pengcahayaan dan bagi mengecas alat komunikasi.

            Pada mulanya kami diminta untuk mendirikan gajet ditapak perkhemahan, namun disebabkan kesukaran dan kesuntukan masa untuk mendapatkan bahan. Setelah perbincangan dilakukan besama ahli jawatankuasa peralatan dan aktiviti  kami terpaksa membatalkan aktiviti tersebut. Kami juga berhadapan dengan masalah kekurangan alatan seperti dawai dan tali rafia, barangan telah dicatu tanpa pengetahuan kami.

            Walaupun banyak kelemahan dan masalah yang menimpa kami namun begitu kekuatan ahli jawatankuasa kami tidak boleh dipandang rendah. Antara kekuatan kami ialah kami dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan jayanya walaupun diterima disaat-saat akhir yang datang tanpa diduga. Contohnya ialah mendirikan tiang bendera.

            Kekuatan seterusnya ialah ahli kumpulan kami dapat mengaplikasikan barang yang terhad untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi. Kerjasama berkumpulan yang ditonjolkan oleh setiap ahli telah melancarkan segala permasalahan dan menutup segala kelemahan serta kekurangan yang dihadapi.

            Secara konklusinya, kami telah melaksanakan semua tugasan sebaik mungkin walaupun terdapat kelemahan.  Kami juga ingain mengemukan beberapa cadangan untuk  penembahbaikan dan untuk memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar, iaitu kami mengesyorkan peserta tidak kira  ahli jawatankuasa mana pun dapat memberikan bantuan kepada ahli jawatankuasa yang lain supaya segala tugasan dapat disiapkan dengan cepat dan lancar. Seterusnya ini dapat mewujudkan semangat nerpasukan yang tinggi. 

No comments:

Post a Comment