Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PJ SUKAN REKREASI : LAPORAN LENGKAP


Pada tanggal 7 September 2007, para pelajar Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Semester 3 Ambilan Julai 2006 telah menghadiri Pembelajaran Luar Bilik DArjah iaitu Perkhemahan Sukan dan Rekreasi. Seramai 59 orang pelajar Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Semester 3 Ambilan Julai 2006 bersama dengan 11 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar KSPK PJ telah menyertai perkhemahan sukan dan rekreasi ini yang diadakan bertempat di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Darulaman pula merupakan jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perkhemahan sukan dan rekreasi ini.

            Sebelum perkhemahan ini dijalankan, sebuah jawatankuasa telah diwujudkan bagi menyediakan kertas kerja perkhemahan. Ahli jawatankuasa tertinggi terdiri daripada para pelajar Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Semester 3 Ambilan Julai 2006 itu sendiri. Mana-mana pelajar yang tidak menjawat apa-apa jawatan, mereka ditugaskan untuk membantu ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain. Jadi, setiap orang pelajar telah diberikan tugas masing-masing sebelum menghadiri perkhemahan tersebut. Terdapat AJK Peralatan, AJK Kerohanian, AJK Tugas Khas dan banyak lagi ditubuhkan bagi melicinkan lagi perjalanan kertas kerja yang akan disediakan. Antara ahli bagi AJK Tugas Khas ialah Muhammad Zulhilmi bin Ismail, Mohd Irwan bin Sharidan, Wan Mohd Izaidi bin Ibrahim, Nur Suhada bt Zainuddin serta Fatimah bt Muhamed Norani.

            Sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan, kami AJK Tugas Khas telah menyediakan T-shirt bagi para pelajar, pensyarah pembimbing serta fasilitaor. Kami juga telah menyediakan tag nama untuk semua yang terlibat. Banner dan juga sijil penghargaan buat pensyarah pembimbing serta fasilitator turut disediakan oleh AJK Tugas Khas sebelum perkhemahan dijalankan.

            Pihak AJK kami menghadapi sedikit kesulitan semasa hendak menyiapkan T-shirt. Antara kesulitan yang dihadapi ialah mengenai pemilihan warna bagi kedua-dua T-shirt yang akan di tempah. Selain daripada pemilihan warna, pihak kami juga telah menghadapi kesulitan mengenai pemilihan kedai untuk membuat T-shirt kami. Antara saranan dan cadangan kami ialah dengan membuka usul ini kepada ahli jawatankuasa tertinggi semasa mesyuarat dikalangan peserta perkhemahan diadakan. Jadi, semasa mesyuarat dijalankan, ketua AJK Tugas Khas, Muhammad Zulhilmi telah engemukakan masalah tersebut. Setelah berbincang dan berkongsi pandangan serta pendapat masing-masing, kami semua mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk melantik seorang daripada kami untuk menjadi ketua khas bagi T-shirt. Dan setelah berbincang dengan ahli AJK yang lain serta para pelajar kursus sendiri, kami bersetuju untuk meminta bantuan daripada rakan kami, saudara Mohd Ikram Shafiq bin Rohadi untuk mengambil tugas T-shirt. Ini kerana, beliau mempunyai pengalaman dalam hal yang berkaitan dengan proses pembuatan T-shirt. Selain daripada pengalaman, beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal T-shirt itu, jadi T-shirt akan dapat diagihkan kepada pelajar dalam waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu, kami ingin menyarankan bahawa, jikalau terdapat apa-apa aktiviti yang memerlukan penempahan T-shirt, kita hendaklah memberikan tugas tersebut kepada mana-mana peserta yang mempunyai hubungan yang baik serta pengalaman yang cukup bagi mengetuai tugas ini. Ini kerana, jikalau mereka mempunyai hubungan yang baik serta pengalaman, mereka tidak akan dapat ditipu atau disleweng oleh mana-mana pihak. Selain itu, perjalanan proses penempahan T-shirt juga akan berjalan dengan lancar dengan tiada apa-apa masalah.  

            Semasa proses pembuatan tag nama, pihak kami sekali lagi menghadapi masalah. Namun, masalah yang kami hadapi kini, datangnya daripada para peserta perkhemahan ini sendiri. Antara masalahnya ialah para peserta lambat memberikan gambar yang berukuran passport kepada mana-mana ahli AJK Tugas Khas.  Gambar berukuran passport ini amat penting. Jikalau tiada gambar yang beukuran pasport, maka tiadalah tag nama. Seperti yang termaktub dalam kertas kerja, tag nama seharusnya siap sebelum kita bertolak pergi ke Teluk Batik. Jadi, kami ahli kumpulan berbincang sesama sendiri dan kami berstuju untuk mencari sendiri gambar mana-mana pelajar yang masih belum menghantar gambar kepada kami. Selepas gambar mereka siap kami cari, segala proses pembuatan tag nama di bilik multimedia berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami ingin mencadangkan tindakan yang tegas perlu diambil bagi mana-mana peserta yang gagal menyediakan gambar berukuran passport itu. Sebagai contoh, pada ruangan bahagian gambar mereka akan diletakkan tanda ‘X’ bagi menggantikan gambar berukuran passport. Jadi, dengan terlaksananya peraturan ini, diharapkan para peserta akan cepat-cepat menghantar gambar mereka apabila diminta. Ini kerana, mana ada peserta yang sanggup melihat ruangan gambar tag nama yang sepatutnya diisi dengan gambar akan diganti dengan tanda ‘X’.

            Bagi proses pembuatan banner, pihak kami tidak mengalami sebarang masalah. Semua ini adalah jasa ketua pensyarah pembimbing kami kerana telah memberi cadangan supaya kami mencetak banner di kedai tersebut yang mana juga merupakan rakan beliau.

            Pada 7 September 2007, kami telah tiba di Teluk Batik. Tugas pertama kami ialah dengan memberi bantuan kepada mana-mana AJK yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh, kami bersama dengan rakan peserta perkhemahan yang lain membantu AJK Penginapan untuk bersama-sama dalam mendirikan khemah. Dengan hanya mengambil masa hampir satu jam, kami berjaya mendirikan dua khemah utama iaitu khemah dapur dan juga khemah pengurusan. Selain itu, kami juga membantu AJK Makanan untuk mengangkat barangan masakan kering ke dapur. Semua kerja yang dilakukan dapat disiapkan sebelum menjelang malam. Antara kerja yang dapat disiapkan sebelu malam ialah memasang banner di kawasan perkhemahan, meletakkan baldi di bilik air,membina ampaian lelaki dan wanita dan memasang khemah tidur bagi kawasan lelaki dan wanita. Semua kerja dijalankan secara bergotong royong. Oleh itu, kami menyarankan bahawa apabila kita berada di Teluk Batik, kita seharusnya tidak berkira dengan tugasan yang diberikan kepada kita walaupun kita sebenarnya berada dalam AJK tertentu. Ini kerana, dengan hanya kerja secara berkumpulan akan dapat membuatkan sesuatu kerja yang pada mulanya adalah sukar namun apabila dibuat secara bergotong royong, ia menjadi mudah. Jadi, selain dapat melicinkan sesuatu pekerjaan, melalui gotong royong juga ia dapat melahirkan peserta yang bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Inilah budaya yang cuba dibentuk melalui aktiviti perkhemahan ini.

            Semangat bergotong royong ini tidak habis disini sahaja. Ia dapat dilihat lagi semasa pada hari malam pertama kita di Teluk Batik. Apabila AJK Tugas Khas telah diberikan tugas untuk memasang pita keselamatan sepanjang kawasan perkhemahan, peserta lelaki telah menunjukkan komitmen yang cukup tinggi dengan bersama-sama memasang pita keselamatan tersebut dikeliling kawasan perkhemahan. Selain itu, mereka juga telah menaikkan bendera Malaysia di hadapan pintu masuk kawasan perkhemahan. Selepas siap kerja di kawasan perkhemahan, mereka secara beramai-ramai telah ke kawasan mandi untuk melihat dan meninjau tentang kerosakan yang ada di kawasan mandi. Jadi, kita dapat melihat semangat bergotong royong yang ditunjukkan oleh para peserta dan semangat ini harus diberikan kredit kepada mereka. Dengan perasaan kekitaan yang tinggi inilah yang melicinkan segala perjalanan perkhemahan di Teluk Batik.

            Pada hari kedua kami disana, barulah kami berjaya mengorek lubang untuk dijadikan sebagai tong sampah. Hal ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Ini kerana, kebersihan adalah perkara yang sangat dititikberatkan. Jikalau kawasan perkhemahan tidak bersih, kemungkinan untuk mendapat penyakit seperti cirit birit adalah tinggi. Jadi, kami mencadangkan, kita membawa tong sampah besar yang bewarna hitam daripada IPDA. Tong sampah tersebut haruslah diasingkan dengan sampah organik dengan sampah bukan organik. Ini kerana, bagi mana-mana sampah organik, kita boleh memberikannnya kepada peladang-peladang dikawasan setempat. Sampah-sampah tersebut boleh dibuat sebagai makanan kepada haiwan-haiwan ternakan seperti lembu dan sebagainya. Bagi sampah bukan organik seperti beg plastik sampah, kita seharusnya menghantar sampah-sampah kepada kitar semula agar ia boleh diguna semula. Dengan ini, walaupun aktiviti perkhemahan dijalankan dikawasan itu, namun alam sekitar masih dapat mengekalkan cirri-ciri flora faunanya.

            Sepanjang waktu berada disana, kami sentiasa menjaga barang-barang seperti penyapu, mop, baldi dan sebagainya supaya ia tidak hilang. Sesiapa yang mahu menggunakan barang-barang seperti enyapu misalnya, haruslah memberitahu terlebih dahulu kepada mana-mana AJK Tugas Khas supaya barang itu sentiasa berada dalam kawalan. Pada hari terakhir kami di Teluk Batik, kami sekali lagi diberikan tugas yang bukan sedikit. Antaranya ialah dengan membantu AJK lain dan menguruskan AJK sendiri. Kami juga telah menimbus kembali lubang-lubang sampah yang telah dibuat agar sampah itu menjadi bahan organik di dalam tanah. Selain itu, kami juga telah membuka kembali ikatan yang terdapat pada ampaian dan kumpulkan semula batang-batang mop tang telah digunakan dan kumpulkan ia di satu kawasan yang khas. Dan akhir sekali, kami memeriksa semua barang yang didaftarkan dibawah nama kami agar tidak berlaku kehilangan. Segala yang berlaku berjalan dengan lancar namun agak perlahan dan lambat. Kebanyakkan daripada peserta lebih sibuk mengemaskan peralatan peribadi daripada peralatan bersama seperti penyapu dan sebagainya. Oleh itu, kami menyarankan bahawa, satu peraturan harus dibuat. Para peserta mesti siap mengemaskan barangan bersama terlebih dahulu kemudian barulah mengemaskan barangan individu yang lain. Jadi, kaedah ini akan menyebabkan perjalanan akan menjadi lebih sistematik dan teratur. Selain itu, masa yang akan diambil oleh pensyarah pembimbing untuk melakukan semakan semula terhadap barangan yang diambil akan menjadi lebih mudah dan cepat. Semasa di Stor IPDA, semua barang yang berada di bawah kawalan AJK IPDA dipulangkan dengan cukup dan tanpa kerosakan.

           

           

No comments:

Post a Comment