Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PJ SUKAN REKREASI : KEKUATAN DAN KELEMAHAN VERSI 1


KELEMAHAN DAN KEKUATAN TUGASAN
AJK TUGAS-TUGAS KHAS



KELEMAHAN

¨       Sistem pengurusan dalam melaksanakan tugasan masih di tahap sederhana di mana ahli-ahli tidak berbincang secara terperinci bagaimana untuk melengkapkan tugas-tugas yang diberikan.
¨       Pelaksanaan aktiviti tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Contoh ; Aktiviti gajet tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa.
¨       Tidak dapat melaksanakan tugasan pada waktu yang dirancang. Contoh : Lubang sampah tidak dapat dibuat pada hari yang ditetapkan.
¨       Tidak memastikan alatan-alatan berada di tempatnya. Contoh : Bendera IPDA tiada selepas aktiviti perkhemahan.


KEKUATAN

¨       Ketua AJK telah memahami tugasan arahan kerja yang telah diberikan dan membuat perancangan bagaimana untuk melaksanakan tugasan sebelum memberi penerangan kepada ahli-ahli yang lain.
¨       Ketua AJK memberi taklimat serta penerangan yang terperinci kepada setiap ahli bagi memahami tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan.
¨       Setiap ahli dipastikan oleh ketua AJK untuk memahami tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan supaya objektif tugasan dapat dicapai oleh AJK.
¨       Setiap ahli berganding bahu untuk melaksanakan serta melicinkan perjalanan tugasan.
¨       Tugasan kerja masih dilaksanakan walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Setiap ahli menaikkan semangat antara satu sama lain supaya lebih memfokuskan perhatian serta komited terhadap tugasan.
¨       Dapat melengkapkan beberapa tugasan pada waktu yang ditetapkan.



Lampiran 1



Dalam sesebuah ahli jawatankuasa, pelbagai aspek yang perlu dititkberatkan dalam kerana akan wujudnya kelemahan serta kekuatan ketika melaksanakan tugasan. Oleh itu, setiap ahli jawatankuasa perlu memahami sedalam-dalamnya tugasan yang telah diberikan.

Seperti yang dirancangkan, pelajar-pelajar PPISMP Semester 3 tahun 2007, pengkhususan Pendidikan Jasmani telah menjalani satu program pembelajaran luar bilik darjah (perkhemahan) bertempat di Teluk Batik, Perak. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada ahli jawatankuasa tertentu untuk melaksanakan program ini. Kumpulan kami terdiri daripada lima orang ahli telah dipertanggungjawab untuk menjadi ahli jawatankuasa tugas-tugas khas untuk sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.

Setelah meneliti kembali tugasan-tugasan yang dijalankan, kami telah mengesan beberapa kelemahan serta kekuatan kumpulan kami seperti yang dilampirkan pada Lampiran 1. Umumnya, kelemahan-kelemahan kumpulan kami adalah berkaitan dengan cara pengurusan setiap ahli dalam melaksanakan tugas. Setiap ahli tidak berbincang secara terperinci dalam usaha melengkapkan arahan tugasan yang diberikan. Pada mulanya, kami telah membuat perancangan untuk melakukan aktiviti gajet. Namun, setelah diberi pendedahan oleh para pensyarah mengenai aktiviti gajet, kami merasakan faktor masa merupakan penghalang untuk kami melaksanakan aktiviti ini kerana kami perlu memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang lebih penting. Selain itu, kami tidak dapat melengkapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan ketika berada di kawasan perkhemahan. Sebagai ahli jawatankuasa tugas-tugas khas, antara tugasan kami adalah kami dipertanggugjawabkan untuk menyediakan lubang sampah semasa tiba di sana. Namun, kami tidak dapat melakukan perkara itu pada hari pertama tiba di sana kerana berlakunya kekangan masa yang memerlukan setiap ahli kumpulan lebih menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti lain seperti mendirikan khemah masakan, khemah penginapan serta memasak. Tetapi, kami dapat melaksanakan tugas penyediaan lubang sampah pada keesokan harinya.  

Kami juga dapat menilai kelebihan serta kekuatan kami dalam menjalankan tugas. Ketua ahli jawatankuasa tugas-tugas khas iaitu Muhammad Zulhilmi bin Ismail telah menjalankan tugas dengan jayanya. Beliau dapat memahami tugas-tugas yang perlu dikendalikan oleh kumpulan kami. Beliau juga telah memberi penerangan secara terperinci dan telah memastikan ahli-ahli yang lain memahami kehendak tugasan yang diperoleh.kami telah berbincang dan membuat perancangan-perancangan tertentu untuk menggerakkan aktiviti. Setelah memahami tugasan yang perlu dilaksanakan, ahli-ahli kumpulan mula bergerak menjalankan tugasan secara beramai-ramai. Namun, terdapat sesetengah tugasan yang terpaksa dilakukan secara individu atau secara kumpulan kecil kerana tidak semua ahli kumpulan memiliki kemahiran yang sama. Sebagai contoh, penyediaan tag nama telah dilakukan oleh tiga orang ahli iaitu Muhammad Zulhilmi bin Ismail, Fatimah binti Mohamed Norani dan Nur Suhada binti Zainuddin manakala aktiviti membina ampaian pula dilakukan oleh Mohd Irwan bin Sharidan, Muhammmad Zulhilmi bin Ismail dan Wan Mohd Izaidi bin Ibrahim semasa di tapak perkhemahan. Ingin ditegaskan di sini bahawa kumpulan kami telah dapat menyediakan tag nama, banner dan t-shirt untuk para peserta, fasilitator dan pensyarah pada waktu yang ditetapkan.



Ketika berada di tapak perkhemahan, kami telah bergilir-gilir menjaga alatan-alatan tugas khas seperti penyapu, salur paip getah dan alatan-alatan lain. Alatan-alatan ini akan digunakan oleh peserta-peserta perkhemahan semasa aktiviti pengurusan khemah dan sebagainya. Kami diberi tanggungjawab untuk menjaga alatan-alatan tersebut. Kami perlu memulangkan semula alatan-alatan tersebut kepada ahli jawatankuasa alatan setelah tamat perkhemahan. Kami dapat menjaga alatan-alatan tersebut dengan baik dan dapat memulangkannya kepada ahli jawatankuasa alatan dalam bilangan yang sama seperti yang kami terima sebelum aktiviti perkhemahan. Senarai alatan adalah sebagai bahan bukti yang menunjukkan bahawa alatan-alatan yang kami pulangkan adalah mencukupi. Namun, terdapat juga alatan yang tidak dijumpai iaitu bendera IPDA. Pada mulanya, kami telah menyimpan bendera tersebut bersama alatan-alatan lain. Namun, apabila kami melakukan pemeriksaan terakhir bagi alatan-alatan, kami mendapati bendera IPDA tiada. Tetapi kami telah meminta kerjasama para peserta untuk memaklumkan kepada kami sekiranya mereka menjumpai bendera tersebut.

Selain itu, semasa penyediaan tag nama, design tag nama kami akhirnya diterima setelah enam kali diarahkan untuk pengubahsuaian. Pada mulanya, ahli-ahli kumpulan kami telah mula merasa putus asa. Namun, akhirnya kami bangun dan bertekad untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami menganggap perkara tersebut sebagai cabaran kepada kami untuk meningkatkan tahap penglibatan serta kecekapan kami dalam menjalankan tugas-tugas sebagai ahli jawatankuasa tugas-tugas khas.

Kesimpulannya di sini, kami dapat menilai kelemahan serta kekuatan kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kami juga berasa amat bertuah kerana kami dapat memperbaiki kelemahan kami menerusi pemantauan yang dilakukan oleh para pensyarah. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada para pensyarah dalam memberi tunjuk ajar kepada kami untuk melaksanakan tugas sebagai ahli jawatankuasa khas dengan jayanya.
         



No comments:

Post a Comment