Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)


KAEDAH PENGAJARAN INKUIRI PENEMUAN


Secara amnya, inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Ia merupakan satu pendekatan pembelajaran yang lebih menekankan aktiviti untuk memupuk kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam diri setiap pelajar. Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini adalah memusat kepada kanak-kanak. Murid-murid diberi suatu situasi atau bahan atau perkara yang bermasalah untuk diselesaikan dengan bimbingan guru. Kaedah ini adalah menarik serta merangsangkan murid-murid kerana mereka perlu menggunakan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.

            Kaedah inkuiri penemuan ini dicipta oleh Richard Suchman dengan membuat andaian berdasarkan strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains iaitu sifat ingin tahu dengan memupuk dan membina rasa ingin tahu dalam diri seseorang.

            Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan (Herank, 2000). Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains dalam membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik.


Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka: • Menanya soalan • Meneroka dan menyiasat • Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat • Membuat penjelasan yang munasabah • Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita. Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991), apabila beliau disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an, perkataan itu adalah INKUIRI. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: • Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. • Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Whet School & Disney Learning Partnership, 2000). • Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan.
            Terdapat beberapa model inkuiri dan antara model-model inkuiri yang utama ialah model inkuiri sosial, model inkuiri sains dan model inkuiri latihan. Kaedah inkuiri penemuan ini dapat menimbulkan minat dan meninggikan daya kreativiti pelajar kerana mereka dibiasakan supaya mengemukakan soalan ‘apa’, ‘bagaimana’, ‘mengapa’ dan berbagai-bagai persoalan yang memerlukan mereka mencari jawapan dalam bentuk kritis
dan kreatif. Oleh itu, teknik juga boleh melatih otak mereka berfikir secara bebas. Disiplin yang tinggi juga diperlukan bagi menyelesaikan masalah dan jika dijalankan secara kumpulan, dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan ahli kumpulan.

            Sekiranya guru merancang untuk menjalankan kaedah inkuiri penemuan ini sebagai aktiviti pembelajaran, terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi, iaitu;

©      Pilih sesuatu topik yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar dan mencabar pelajar untuk menyelesaikannya.
©      Menyediakan alatan yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.
©      Mengadakan perbincangan awal mengenai objektif kajian yang baik
©      Guru perlu menerangkan tugasan dan langkah-langkah kajian dengan terperinci supaya pelajar tidak terpesong semasa menjalankan kajian.
©      Guru perlu membimbing dan mangawasi pelajar setiap peringkat.
©      Elakkan daripada membantu dan memberitahu pelajar jawapan dan biarkan semua aktiviti dijalankan sendiri oleh pelajar supaya mereka dapat melakukan yang terbaik, dapat memahami dengan terperinci dan boleh menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah dan berdikari.
©      Mengadakan perbincangan selepas segala kajian selesai dijalankan bagi tujuan peneguhan.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sewaktu merancang aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan, iaitu:
1. kenalpasti objek
2. merancang alternatif penyelesaian
3. mengumpul maklumat secukupnya
4. menganalisis maklumat
5. membuat generalisasi dan rumusan
6. mengesahkan penemuan

Peta minda diatas menunjukkan secara ringkas bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah ini. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri. Pembelajaran inkuiri-penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid itu sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing.

            Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal. Kanak-kanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambar-gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: • Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada kanak-kanak membina kefahaman berhubung sains melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan. • Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada kanak-kanak membina, mengguna, dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan. • Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau penerokaan dicerminkan dalam amalan. Pendekatan Pengajaran Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada pelbagai perspektif .

            Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada peringkat awal kanak-kanak.

            Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projek-projek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan kemahiran-kemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspek-aspek yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka.

            Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan ‘sains seperti yang diamalkan.’Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran aktif, inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat memotivasikan kanak-kanak belajar sains. Kanak-kanak perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren, 1990).

Kebaikan dan kelemahan Perlaksanaan Kaedah Inkuiri Penemuan

KEBAIKAN
KELEMAHAN
1.    Oleh sebab murid-murid memperoleh jawapan dengan usaha sendiri, ingatan mereka adalah lebih kukuh.
2.    Ganjaran yang diperoleh adalah dalam bentuk motivasi


3.    Minat murid dalam tajuk atau bidang yang disiasat itu akan bertambah.


4.    Strategi ini berperanan di domain aras kognitif tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian.


5.    Murid memperoleh kemahiran serta sikap yang perlu untuk pengajaran kendiri.
  1. Ia mengambil masa yang panjang dan pemesongan topik kerap berlaku.

  1. Murid-murid biasa mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang.

  1. Rumusan yang salah setelah banyak masa dan tenaga telah dicurahkan amat melemahkan semangat murid-murid.

  1. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta mendalamn tentang satu-satu mata pelajaran supaya dapat memberikan bimbingan yang berkesan.

  1. Ia adalah lebih sesuai bagi murid-murid yang telah mencapai peringkat operasi formal (11-15 tahun ke atas) di mana mereka boleh menggunakan logik untuk memahami kebanyakan perkara serta menyelesaikan masalah secara logis.


No comments:

Post a Comment