Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PK : KONSTRUKTIVISME (PN HARLINA BT HJ ISHAK)

DEFINISI :  Pelajaran bermakna semula dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid.
 John Dewey
Pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun dan membina pengalaman secara berterusan dan penting penyertaan murid dalam pembelajaran


 Rutherford & Algren
Murid mempunyai idea mereka sendiri tentang semua perkara sama ada betul atau salah. Tidak dapat diatasi mereka tetap dengan kefahaman yang lama.

 Briner (1999 )
Ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar dan tidak boleh dipindahkan.

Dick (1997 )

Kaedah dalam masa persekitaran pembelajaran yang boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan konteks terbaik bagi pelajar.

Pengenalan kepada kontsruktivisme

Konstruktivisme merupakan antara pandangan atau teori yang digunakan sejak dahulu lagi. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada pemikiran akal yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental. 

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina konsep asas tentang dunia dengan mencipta pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui  tindakbalas tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka,  maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

            Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism merupakan satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada kajian tentang proses manusia belajar. Ramai pengkaji berpendapat setiap individu bukan sahaja menerima pengetahuan dari orang lain tetapi juga mencipta pengetahuan mereka sendiri.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses bagi pelajar membina idea atau konsep baru berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan menterjemahkan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mentaliti kognitif (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang diberikan” (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

Briner (1999) berpendapat murid-murid menimba pengetahuan mereka dengan menguji idea atau teori dan mengambil pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, menstimulasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

           Pengetahuan dapat dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Melalui proses ini, pelajar akan mengasimilasikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (PPK, 2001:9). Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada melalui usaha kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui  proses metakognitif .

Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan kepada pandangan pandangan baru tentang sesuatu ilmu dan cara memperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru terhasil daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian tersendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesis hipotesis dan idea-idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme.


Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di bawah:
proses ini,
Behaviorisme
• Memberi penekana kepada lakuan
• Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui instrumen
• Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan boleh diukur
• Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu
an menyesuaikan pengetahuan yang
dKognitivisme
• Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema
• Jika maklumat baru secocok,maka maklumat tersebut akan diterima. Jika tidak, maklumat akan diolah atau dibuat pengubahsuaian skema

Konstruktivisme
• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada
Kons
 PRINSIP KESELURUHAN
  • Prinsip ini adalah berpusatkan pelajar
  • ciri-ciri pembelajaran
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN 

  • AKTIVITI SOSIAL
Pembelajaran –Kooperatif.
Pembelajaran melibatkan bahasa.
Pembelajaran  situasi.
      Pembelajaran realiti

  •  KONTEKSTUAL
Berkaitan dengan kehidupan.

  • MASA
Refleksi dan kematangan 

  • FOKUSKAN
Pemahaman dan prestasi.
PERANAN GURU

  • FASILITATOR
-          Merancang dan mengurus
  • PEMBIMBING
-          Kaunseling dan arah tuju
  • PENYOKONG KOGNITIF
-          Buat cadangan
-          Galakan berdikari
-          Cabaran kreativiti
  • AKSES PELAJARAN INDIVIDU
-          Kemungkinan
-          Kekuatan
-          Keperluan
      -     Perasaan

PERANAN PELAJAR
  • BERTANGGUNGJAWAB PEMBELAJARAN KENDIRI
-          Organisasi kerja sendiri
            Trait yang diingin-tahu, inisiatif
  • PENGGUNAAN TEKNOLOGI
-          Perisian- alat untuk mencapai.
-          Pengaksesan internet  berkongsi maklumat.
-          Simulasi-modelling-sokong kajian.
  • DOUBLE LESSON
          Mempelajari maklumat baru

PENDEKATAN PENGAJARAN
  • penerangan
  • penglibatan
  • penilaian
  • penjelajahan

 PENERANGAN

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima format yang pertama adalah penglibatan dimana simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu tugasan,topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.Yang kedua adalah penjelajahan yang bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu dimana pelajar dapat menjalankan eksperimen dan menjelajah dan menyiasat untuk mendapat jawapan disini pelajar dapat dipupuk dengan sikap berkerjasama antara satu sama lain.Yang ketiga adalah penerangan berkaitan dengan konsep dan penyataan berdasarkan pandangan orang lain dan membuat pertimbangan yang mana boleh di gunakan.Yang keempat adalah penghuraian iaitu memperdalamkan konsep dan maksud topik tersebut dengan cara yang lebih mudah difahami dan mengaitkan dengan dunia sebenar ataupun dalam kehidupan sebenar.Yang kelima adalah penilaian, guru seharusnya menilai pelajar dalam topik yang diajar kerana dengan cara ini guru dapat mengetahui sejauh mana kefahaman  pelajar , sebagai contoh mengemukakan soalan terbuka.

            Sehubungan itu, untuk mencapai pendekatan pengajaran yang berjaya pengajaran aktiviti yang kelima-lima tersebut perlu dilaksanakan bagi mewujudkan aktiviti sebab-musabab, melibatkan pemikiran yang kritikal, KBKK, aktiviti menyelesaikan masalah.Pelajar juga dapat maklumat dan menggunakannya.Pengajaran juga perlu menekankan kepada fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran dikalangan pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.
 
 
Oleh yang demikian, guru dan pelajar juga berperanan dalam pembelajaran kostruktivisme, antara peranan guru yang perlu di laksanakan adalah sebagai  fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru juga merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.Guru juga perlu mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat pengetahuan tersebut.Guru juga pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan pelajaran dengan pengetahuan baru.Guru juga hendaklah berfikiran terbuka dan sentiasa menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.Sebagai penyokong kognitif guru juga akan menstuktur pelajaran untuk  mencabar persepsi murid, menggalakan mereka membuat tugasan dalam bentuk menganalisis,penyelesaian meramal dan meneroka hipotesis. Selain daripada itu pelajar juga digalakkan menanyakan soalan yang mencapah dan terbuka. Masa yang secukupnya dapat membuatkan pelajar buat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Jalan yang terakhir adalah guru perlu tahu cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan koperatif dan membimbing pelajar mendapatkan jawapan yang betul.


            Peranan pelajar dalam pembelajaran konstruktivisme melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah sendiri.Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif untuk menjawab soalan yang diberikan berdasarkan analisis ataupun melalui eksperimen.Perbincangan juga amat penting untu mengukuhkan idea mereka serta dapat membina dan menambahkan pengetahuan mereka.Selain daripada itu pelajar perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan.Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi dimana mereka dapat menggunakan data-data dan bahan fizikal manipulatif dan interaktif juga ,contohnya melayari internet dan menjana minda mereka.









 

No comments:

Post a Comment