Pages

Thursday, November 4, 2010

BIG 6 - LAPORAN REFLEKSI CERAMAH JPN DAN GURU CEMERLANG


REFLEKSI

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.
Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.
Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, “Fungsi dan Peranan JPN serta Pengoperasiannya” oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu En Mahadhir B. Ismail. Sesi bengkel ini diadakan  di Bilik Kuliah 1, Pusat Sumber Institut. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sesi bengkel diakhiri dengan pemberian hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester enam iaitu, saudara Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai.
            Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang.
            Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan memakai ‘blazer’.
            Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif. Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana system pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang melampau di dalam dewan. Pemakaian tie menambahkan lagi bahang kepanasan pada para guru pelatih. 
Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.
Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan dengan lebih awal.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

TENTATIF PROGRAM

2 comments:

  1. sesi ceramah turut diadakan untuk BIG SEM 5 yang tidak berjaya dilaksanakan pada semester lepas di atas faktor masa.

    ReplyDelete