Pages

Thursday, November 4, 2010

BIG 6 - LAPORAN KESELURUHAN & BIDANG TUGAS : LAWATAN BENCHMARKING GURU CEMERLANG


1.0  PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP Pendidikan Khas/ Bahasa Inggeris Semester 6, melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.



2.0  OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru Siri 6, para guru pelatih PISMP diharapkan dapat:
{  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan
{  melahirkan guru-guru pelatih yang menpunyai visi dan misi, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan, dan berkeperibadian mulia.
{  meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk dalam bidang keguruan.
{  menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.
{  Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari.
{  Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.



3.0  JAWATANKUASA

STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANAAN;

PENGERUSI                              :           NURUL HIDAYAH BINTI ISMAIL
NAIB PENGERUSI                   :           MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD RANI
SETIAUSAHA                           :           NIK AMZAIFUL BIN NIK JAIT
NAIB SETIAUSAHA                 :           NOOR FAIZA BINTI MOHAMAD HASHIM
BENDAHARI                             :           MUHAMMAD ZULHILMI BIN ISMAIL
                                         
       
JAWATANKUASA                  
1) DOKUMENTASI                   :           MOHD IRWAN BIN SHARIDAN
                                                                  NUR SHUHADA BINTI ZAINUDDIN

 2)             TUGAS          KHAS:            SITI  NOORAINEE  BINTI  ABDUL  RAHIM
                                                      :          NOR  HIDAYAH  BINTI  MOHD  ASRI
                                                      :          SHAMSUDDIN  BIN  MD RASIP
     
3)  PENGANGKUTAN              :           IZZAT BIN MUSTAPHA        

4)  ALATAN                                :           MUHAMAD IRRWAN BIN ZAKARIA
                                                      :          NURULAIN  FAZILLAH  BINTI  MOHD  SAID

5) CENDERAHATI                   :           YUSMAHANI BINTI JAMALUDDIN
                                                      :           FATIMAH BINTI MOHAMED NORANI

6) SERANTA                             :           NOR HAFIZA BINTI RUMLI
                                                      :           SU’AIDAH BINTI SAMSUDIN

7) AKTIVITI                                :           WAN MOHD IZAIDI BIN IBRAHIM
                                                      :           MUHAMAD SAIB BIN OMAR
                                                      :           NORMALA BINTI MUSA



4.0  TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6
(LAWATAN BENCHMARKING “INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG “ )

(28 September  2010, Selasa)

7.00 am          :           - Bertolak ke SK Sungai Layar, Kedah.
8.00 am          :           - Sampai ke SK Sungai Layar.
8.30 am          :           - Taklimat ringkas aktiviti
                                   Sesi 2
                                    - Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, 
                                      pendekatan dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan
                                      pembelajaran)
10.00 am       :           - Minum pagi
                                    - Lawatan ke bilik Pendidikan Khas
11.00 am       :           Sesi 3
                                    - Bengkel ” ciri-ciri profesionalisme”
                                      (potensi diri, personaliti kerjaya, citra diri insan guru)
                                    Sesi 4
                                   - sesi soal jawab
1.00 pm          :          - Makan tengah hari dan solat Zohor
2.00 pm          :          - Bersurai
                                   - Bertolak pulang


5.0  LAPORAN AKTIVITI

Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini terbahagi kepada empat sesi. Program ini telah diadakan pada 28 September 2010 dimana perjalanan program bagi keempat-empat sesi ini adalah seperti berikut :-

SESI PERTAMA
Sesi ini merupakan sesi persediaan dimana semua guru pelatih akan berkumpul di hadapan bangunan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) sebelum jam 7.00 pagi. Pada jam ini juga, pemandu bas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah bersedia dimana oleh pengerusi program telah memastikan kedatangan setiap pelajar mencukupi sebelum bertolak. Lebih kurang jam 8.00 pagi kami selamat tiba di destinasi dimana program akan berlangsung iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai petani Kedah dimana ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut (Sila rujuk lampiran 1). Pada jam 8.30 pagi pula, kami telah dijemput ke Bilik Wawasan yang merupakan bilik mesyuarat sekolah bagi mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang hari tersebut.

SESI KEDUA
Pada sesi ini, aktiviti program adalah berbentuk ceramah diikuti dengan sesi soal jawab. Lebih kurang jam 8.45 pagi sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh seorang guru cemerlang iaitu En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009. Ceramah yang disampaikan bertajuk, “Amalan Pengajaran dan Pembelajaran” yang berkaitan dengan teknik-teknik, rutin, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi ceramah ini dimulakan dengan tayangan slaid powerpoint tentang anak beliau, seorang penghidap Autisme sebagai pencetus semangat kepada dirinya dan guru-guru pelatih. Terdapat banyak info tentang cara menjadi seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Khas disampaikan melalui ceramah oleh En. Abdul Rashid.
Pada jam 10.00 pagi, perjalanan program diberhentikan sementara untuk sesi rehat atau kudapan. Jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak kantin sekolah yang berupa hidangan kuih-muih beserta minuman teh. Selepas rehat, penceramah telah membawa semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing iaitu Pn. Harlina Bt. Haji Ishak melawat ke Program Integrasi Pendidikan Khas serta Bangunan Pra Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Ketika melawat di program dan bangunan tersebut, jawatankuasa dokumentasi telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan rujukan dan bahan bukti pelaksanaan program Bina Insan Guru pada semester ini (Sila rujuk lampiran 1).

SESI KETIGA
Sesi ini bermula pada jam 11.00 pagi selepas selesai lawatan di program Integrasi dan pra Pendidika Khas di sekolah tersebut. Aktiviti yang dilakukan adalah ceramah dan sesi soal jawab yang merupakan sambungan aktiviti pada sesi pertama. Tajuk ceramah pada sesi ini adalah, “Bengkel Ciri-Ciri Profesionalisme” yang berfokus kepada  diri, personaliti kerjaya, dan citra diri sebagai Insan yang bergelar guru. Pada sesi ini, banyak panduan diberikan tentang memupuk ciri-ciri kecemerlangan menjadi seorang guru khususnya guru Pendidikan Khas.

SESI KEEMPAT
Aktiviti pada sesi keempat ini merupakan aktiviti terakhir bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini yang mana ia merupakan aktiviti bersoal jawab dengan penceramah, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif (Sila rujuk lampiran 1). Beberapa orang guru pelatih bertanyakan soalan yang berkaitan Pendidikan Khas dan meminta pandangan dari beliau tentang cara mengatasi masalah tersebut.  Selepas tamat sesi bersoaljawab, semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing telah dijemput oleh beliau untuk jamuan makan tengahari di kantin sekolah sebelum bersurai dan bertolak semula ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan menaiki bas.
Kira-kira jam 2.00 petang, bas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman tiba di  perkarangan asrama pelajar berhadapan dengan bangunan GERKO.



6.0  REFLEKSI

6.1  PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan melatih pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme  dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang dan diajalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih semester enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani Kedah selama sehari yang bernama “Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang”. Mengikut keperluan dalam pro- forma yang diberikan, program kali ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru cemerlang yang telah dipilih. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009 sebagai seorang guru Pendidikan Khas.

6.2  KEKUATAN

Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat dua faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang untuk program Program Bina Insan Guru kali ini, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif merupakan penerima anugerah cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009 sebagai guru Pendidikan Khas. beliau juga merupakan seorang Jurulatih Utama Pendidikan Khas pada peringkat kebangsaan. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash, Australia dalam bidang Pendidikan Khas amatlah bertepatan kepada kami bakal-bakal guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, sikap dedikasi dan komited  serta pengalaman beliau selaku bapa yang mempunyai anak penghidap Autisme ini telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga bagi membolehkan kanak-kanak istimewa menerima peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang masih mentah dalam bidang keguruan.

Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini. Program yang dinamakan sebagai “Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang” mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Semua aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, guru-guru pelatih telah menerima  input-input yang berguna berkaitan dengan dunia Pendidikan Khas. Contohnya berkaitan Program terapi yang telah diasaskan oleh penceramah program iaitu Bilik Snoozelen yang amat berfaedah kepada murid-murid khas dimana ia merupakan satu program yang unik yang hanya terdapat di sebuah sekolah di Malaysia.

6.3  KELEMAHAN

Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek masa. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang belum kami terima untuk dijadikan panduan. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah tersebut.



6.4  CADANGAN

Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.











BIDANG TUGAS BENDAHARI

1.0  SEBELUM

Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Program Bina Insan Guru (BIG) edisi keenam ini, tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Beberapa perbincangan dilakukan bersama ahli jawatankuasa lain tentang peruntukan yang diperlukan untuk program BIG edisi keenam selama sehari ini.

Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui bahagian kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman melalui beberapa proses. Peruntukan yang diterima oleh kami adalah dalam bentuk “Local Order”, dimana saya selaku bendahari tidak akan mendapat peruntukan tersebut secara tunai. Peruntukan bagi setiap orang pelajar adalah RM 10.00 sehari, maka sepanjang program akan dilangsungkan, peruntukan yang akan diterima  oleh kami secara keseluruhannya berjumlah RM 210.00 termasuk peruntukan bagi pensyarah. (sila rujuk lampiran A)

Tugas seterusnya adalah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya setiausaha dan pengerusi untuk berjumpa dengan pihak kantin sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Layar bagi menyerahkan borang “Local Order”. Selain itu, kami turut berbincang dengan pihak kantin sekolah untuk mencapai persetujuan tentang makanan yang akan dihidangkan bersesuaian dengan peruntukan yang diberikan.



2.0  SEMASA

Sepanjang program Bina Insan Guru edisi keenam berlangsung, tidak banyak tugas yang melibatkan jawatankuasa ini kecuali menyerahkan borang ‘Local Order’ kepada pihak pengurusan kantin sekolah dan melibatkan diri dalam program yang telah dirancang supaya  segalanya berjalan dengan lancar.


3.0  SELEPAS

Selepas tamat program Bina Insan Guru semester keenam ini, tugasan seterusnya adalah menilai keberkesanan tugas jawatankuasa yang dijalankan dengan mengadakan mesyuarat post-mortem dan melakukan laporan refleksi.




Lampiran A


BIL

PERKARA




PERBELANJAAN PESERTA

JUMLAH
(RM)

1.




Makanan
-       Nasi Beriani
-       Kuih
-       Buah-buahan
-       Air minuman
-       Air Mineral


Makanan
1.       Pelajar IPDA
(RM 10 X 20 orang X 1 hari)

           RM5 x 21
           RM1 x 21
           RM2 x 21
RM1 x 21
RM1 x 21




RM 210.00






JUMLAH

RM 210.00



4 comments:

  1. as salam...minta izin untuk copy sebagai contoh dan rujukan...t.kasih..

    ReplyDelete
  2. izinkan berkongsi ilmu yang ada pada blog

    ReplyDelete