Pages

Monday, November 1, 2010

PISMP 2 - PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR (EN ROSLI B. MAT SOM)

Panduan Pelaksanaan Demonstrasi


PERGERAKAN:-




               1. DIRIAN BANGAU SAMBIL MENGEPIT BOLA


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar bersedia dalam keadaan berdiri sambil memegang bola.
b)    Berdiri di atas sebelah kaki dominan sambil mengepit bola dibahagian lutut.
c)    Jengketkan kaki supaya tumit tidak menyentuh lantai untuk tujuan mengimbang.

                  2. PERGERAKAN BINTANG SAMBIL MENGGOLEK BOLA

PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar bersedia dalam keadaan berdiri sambil memegang bola.
b)    Lerekkan bola di atas lantai.
c)    Lakukan pergerakan bintang mengikut bola yang dilerek.
d)    Tangkap bola yang dilerek selepas melakukan pergerakan bintang.


      3. PUSINGAN 180° SAMBIL MELAMBUNG DAN MENANGKAP BOLA.



 
PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar bersedia dalam keadaan berdiri sambil memegang bola.
b)    Lambungkan bola tinggi ke atas.
c)    Lompat dan pusingkan badan 180° secara setempat.
d)    Tangkap semula bola yang dilambung.
                   4.  MEMUSINGKAN BADAN SAMBIL MENENDANG BOLA KE BELAKANG





PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar menggolekkan bola di atas lantai.
b)    Lari  dan letakkan tapak kaki di atas bola.
c)    Pusingkan badan dan tukar kaki sebelah untuk memijak bola.
d)    Tarik bola dengan hujung jari kaki dan tolak bola ke arah belakang.

5.  IMBANGAN ATAS ABDOMEN SAMBIL MENGANGKAT BOLA



PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar meniarap di atas peti lombol.
b)    Kedua-dua belah tangan pelajar memegang bola.
c)    Lakukan lentikan belakang dan angkat bola melebihi bahagian kepala.
d)    Lakukan pergerakan (c) selama 5 saat.

6. GULINGAN HADAPAN SAMBIL MENGEPIT BOLA


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia.
b)    Kepitkan bola di bahagian kekura kaki.
c)    Letakkan tangan diatas tilam dan rapatkan dagu ke bahagian dada.
d)    Lakukan gulingan hadapan dengan bola dikepitkan seperti gambarajah di atas.

      7.   MENYILANG BOLA DI CELAH PEHA SAMBIL MENUKAR KAKI


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola.
b)    Bukakan sebelah kaki ke hadapan.
c)    Silangkan tangan yang memegang bola di bahagian celah kangkang.
d)    Semasa melakukan pergerakan (c), tukarkan bahagian kaki hadapan dengan melompat setempat secara berselang seli diantara kaki kanan dan kiri

8. EKSTENSI KAKI SAMBIL MENGILAS BOLA KE PINGGANG


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola.
b)    Lakukan pergerakan ekstensi kaki secara berselang seli.
c)    Semasa melakukan pergerakan ekstensi kaki, kilaskan bahagian pinggang sambil memegang bola.

9. IMBANGAN SKALA SISI DENGAN BOLA


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar  berdiri dan memegang bola dalam keadaan bersedia.
b)    Condongkan badan ke sisi kanan/kiri sambil telinga dirapatkan ke bahu dalam keadaan tangan lurus sambil memegang bola.
                  c)   Angkat sebelah kaki untuk melakukan imbangan.


                  10. LARIAN ZIG ZAG SAMBIL MELANTUN BOLA

 

11. IMBANGAN V SAMBIL MELAMBUNG BOLA


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar duduk melunjur dan bersedia.
b)    Fleksikan bahagian sendi pinggang untuk melakukan imbangan v.
                  c)   Sambil melakukan imbangan, lambung bola ke atas dan tangkap semula.


                 12. MENYILANG BOLA DIBAWAH PEHA SAMBIL ANGKAT LUTUT TINGGI.



PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri di atas bangku sambil memegang bola.
b)    Angkat lutut tinggi sambil ketinting.
                  c)  Silangkan bola yang dipegang sambil menukar kaki dengan bergerak kehadapan.

      13.   KILAS PINGGANG 




  

PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar duduk melunjur dalam keadaan bersedia, bola diletakkan di bahagian belakang badan.
b)    Kilas bahagian pinggang dan ambil bola di bahagian belakang.
c)    Letakkan bola tadi di bahagian belakang dengan mengilas pinggang ke arah yang bersebelahan.
        d)   Pergerakan (c) diulang sebanyak tiga kali.

                 14. KETINTING TUKAR KAKI SAMBIL MELAMBUNG BOLA




PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri dengan bola untuk bersedia.
b)    Sebelah kaki difleksikan sambil tangan memegang bola.
c)    Lakukan ketinting secara zig-zag sambil bertukar kaki. 
d) Ketinting dilakukan dengan bergerak ke ruang diantara dan bahagian luar tangga secara berselang seli.

15. JACK KNIFE SAMBIL MENGEPIT BOLA DI KAKI


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar baring menelentang sambil mengepitkan bola di kaki.
b)    Secara serentak, bangun dan rapatkan bahagian abdomen dengan peha(jack knife)
c)Semasa melakukan jack knife, bola akan turut mengikut gerak kaki


16. GRAPEVINE SAMBIL MELAMBUNG DAN MENANGKAP BOLA







PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola.
b)    Lambungkan bola tinggi ke udara sambil membuka kedua-dua belah kaki ke sisi.
c)    Silangkan kedua belah kaki dan buka semula.
        d)  Rapatkan kedua belah kaki sambil menangkap bola yang dilambung tadi.

         17. 360 DEGREE SAMBIL MENGIMBANG BOLA DI ATAS LEHER



PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar membongkokkan badan sambil mendepakan tangan.
b)    Letakkan bola di bahagian belakang kepala. 
c)Pusing setempat dalam sudut 360.°


18. MENGGELECEK BOLA SAMBIL MELEREKKAN BOLA


PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar berdiri sambil memegang bola dalam keadaan bersedia.
b)    Golekkan bola dalam satu garis lurus.
c)    Semasa bola bergolak, silangkan kedua belah kaki dihadapan bola secara berselang seli.
                  d)Kemudian hentikan bola dengan menggunakan tapak kaki.


                  19.  LOMPAT LAYANG SAMBIL MELAMBUNG BOLA KE UDARA &     MENANGKAP SEMULA.


 
 
PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Dalam keadaan bersedia, pelajar berdiri sambil memegang bola.
b)    Berlari untuk mendapatkan momentum dan terus memijak papan anjal
c)Layangkan badan ke udara dan buka kaki seluasnya sambil memegang bola kehadapan 


20. BANGKIT TUBI SAMBIL MEMEGANG BOLA.


 

 
PROSEDUR PERGERAKAN:-
a)    Pelajar duduk dengan lutut dibengkokkan 90°.
b)    Kedua belah tangan lurus sambil memegang bola
 c)Lakukan bangkit tubi sambil tangan yang memegang bola diangkat kedepan.


1.    PENGENALAN

         Pergerakan akan menyebabkan individu beralih kedudukan atau kekal di suatu tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah. Kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Juga dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang berfokus pada bahagian tubuh badan  iaitu sendi buka-tutup dan pusing putar.

Aspek berikut diambilkira dalam melakukan sesuatu pergerakan:

1. Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan
pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar



2. Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kadar seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.


a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,     tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

3. Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.


4. Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.

2.    MATLAMAT

v  Pendidikan pergerakan membantu murid menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran dan amalan kecergasan saerta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
    
3.    OBJEKTIF

v  Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan melalui perlakuan motor.
v  Menguasai asas pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut kemampuan diri.
v  Interaksi yang kreatif dengan bahan, alatan dan rakan.
v  Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
v  Membentuk sahsiah dan disiplin diri


4.    TARIKH: 22/9/2008 & 23/9/2008.
5.    MASA: 8.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI.
6.    TEMPAT: PADANG RATA, GELANGGANG BADMINTON ATAUPUN DEWAN.
7.    KUMPULAN SASARAN : TAHAP 2 (UMUR 10 HINGGA 12 TAHUN)



  1. SENARAI PERALATAN BERAT
    1. LOMBOL
    2. BANGKU
    3. SKITEL/KON
    4. TANGGA
    5. TILAM
    6. PAPAN ANJAL/SPRING BOARD


  1.  PERALATAN RINGAN
    1. BOLA




RUMUSAN

            Pergerakan merupakan rutin manusia yang sentiasa berlaku. Manusia akan mati jika tidak bergerak ataupun paling kurang mudah diserang penyakit. Ini kerana bergerak  akan menguatkan sendi-sendi badan, melancarkan perjalanan darah dan membakar kalori di dalam badan. Justeru, kertas kerja ini dicipta atas dasar tersebut dan diubahsuai dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur dan penggunaan alatan. Secara asasnya, terdapat beberapa pergerakan umum namun untuk tugasan ini, tumpuan diberikan kepada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Malahan, kemahiran manipulasi alatan turut dijadikan  unsure dalam pergerakan ini. Maka secara tidak langsung, murid akan dapat mempelajari dan mencipta pergerakan yang kreatif dan pelbagai serta dapat berinteraksi dengan pelbagai alatan. Selain itu, pemupukan nilai kerjasama dan toleransi turut dibentuk semasa melakukan aktiviti ini. Kesimpulannya, melalui aktiviti yang dilakukan, ia secara langsung membawa kepada pembentukan insane secara menyeluruh dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial serta pengamalan gaya hidup sihat melalui amalan pergerakan-pergerakan asas.

 
 


 



 



 

4 comments:

  1. a very nice blog.. saya byk merujuk kepada blog ini untuk tugasan saya. thanks.. all the best!

    ReplyDelete
  2. K tq so much memudahkan sy sebagai guru pra bt asgmnt pjm 3102

    ReplyDelete
  3. pergerakan yang baik dan info yang sangat berguna.

    ReplyDelete