Pages

Monday, November 1, 2010

PISMP 2 - PERMAINAN KANAK-KANAK (JARINGAN) : KUMPULAN (EN ROSLI MAT SOM)


1.0  Tajuk

Permainan kanak-kanak  ( Jaringan )
1.1  Takraw 5 sekawan
1.2  Jaringan si buta
1.3  Belon Pak Lebai

2.0  Matlamat
Melahirkan murid yang aktif dan sihat serta berpengatahuan melalui proses bersepadu yang memberi tumpuan kepada kecergasan, kemahiran asas, gimnastik dan sukan, pendidikan sukan, kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan, pemakanan dan kesan penyalahgunaan bahan.

3.0  Objektif

·         Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
·         Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
·         Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
·         Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kesihatan fizikal
·         Membentuk sahsiah dan disiplin diri
·         Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
·         Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan
·         Meningkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran


4.0  Tarikh,masa dan tempat

4.1  Tarikh : 14 September 2008
4.2  Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
4.3  Tempat : Kawasan lapang ( gelanggang sepak takraw )

5.0 Kumpulan sasaran
Kanak-kanak / murid yang berumur 10 - 12 tahun ( tahap 2 )

5.0  Bilangan peserta
15 orang murid ( dibahagikan kepada 3 kumpulan )

6.0  Panduan pelaksanaan permainan
6.1  Jawatankuasa kerja
Pengerusi         : Izzat Bin Mustapha
Setiausaha       : Fatimah Bt Muhamed Noraini
Peralatan          : Shamsuddin Bin Md Rasip
Tempat             : Muhammad Zulhilmi Bin Ismail
Kepegawaian   : Noor Faiza Bt Mohamad Hashim



6.2  Senarai nama peserta

BIL
NAMA
1
MUHAMAD SAIB BIN OMAR
2
MOHD IRWAN BIN SHARIDAN
3
MUHAMAD IRRWAN BIN  ZAKARIA
4
NIK AMZAIFUL BIN NIK JAIT
5
MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD RANI
6
WAN MOHD IZAIDI BIN IBRAHIM
7
NOR HIDAYAH BT MOHD ASRI
8
NORMALA BT MUSA
9
NUR SUHADA BT ZAINUDDIN
10
NURUL HIDAYAH BT ISMAIL
11
NURULAIN FAZILLAH BT MOHD SAID
12
SITI NOORAINEE BT ABDUL RAHIM
13
SU’AIDAH BT SAMSUDIN
14
YUSMAHANI BT JAMALUDDIN
15
NOR HAFIZA BT RUMLI

  6.3 Senarai nama peserta mengikut kumpulan

HANG JEBAT
·         MOHD SAIB
·         WAN MOHD IZAIDI
·         NIK AMZAIFUL
·         MOHD HAFIZUDDIN
NURUL HIDAYAH

HANG TUAH  

·         MOHD IRRWAN
·         SU’AIDAH
·         NOR HIDAYAH
·         NURUL AIN FAZILLAH
SITI NOORAINEE

HANG LEKIR

·         MOHD IRWAN
·         NURUL SUHADA
·         NORMALA
·         YUSMAHANI
NOR HAFIZA


6.4  Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan

6.4.1     Sebelum permainan
·         Perlantikan ahli jawatankuasa ( AJK ) bagi pelaksanaan permainan kanak-kanak bagi jawatan pengerusi, setiausaha, ajk peralatan, ajk tempat dan ajk kepegawaian.
·         Perancangan permainan kanak-kanak berasaskan kemahiran jaring.
·         Pemilihan alatan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
·         Pemilihan tempat untuk pelaksanaan aktiviti.

6.4.2     Semasa permainan
·         Pelaksanaan permainan pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
·         Penyediaan peralatan bagi permainan yang akan dijalankan.
·         Murid dibahagikan kepada kumpulan yang telah ditetapkan
·         Memastikan penglibatan semua murid.
·         Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan lancar.

6.4.3     Selepas permainan
·         Mengumpul semua alatan dan memulangkannya
·         Membersihkan kawasan permainan
·         Refleksi bersama murid-murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.




6.5  Senarai alatan
6.5.1     Takraw 5 sekawan
·         Bola kertas
·         Jaring
6.5.2     Jaringan si buta
·         Kain pengikat mata
·         Bola kertas
·         Tiang gol yang diperbuat daripada kayu
·         Pita pelekat
6.5.3     Belon Pak Lebai
·         Kain pelekat
·         Belon berisi air
·         Pita pelekat

 
6.6  Prosedur pelaksanaan permainan
6.6.1     Pelan kedudukan pelaksanaan permainan


 


6.6.2     Langkah-langkah pelaksanaan permainan
6.6.2.1        Takraw 5 sekawan
1.    Penyediaan peralatan permainan seperti bola dan jaring
2.    Pelaksanaan pada masa dan tempat yang disediakan.
3.    Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekir
4.    Permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan
6.6.2.2       Jaringan si buta
1.    Penyediaan peralatan permainan seperti kain pengikat mata, bola dan pita pelekat
2.    Pelaksanaan pada masa dan tempat yang disediakan.
3.    Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekir
4.    Permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan
6.6.2.3        Belon Pak Lebai
1.    Penyediaan peralatan- kain pelekat, belon berisi air dan pita pelekat
2.    Pelaksanaan pada masa dan tempat yang disediakan.
3.    Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekir
4.    Permainan dilaksanakan secara serentak




6.6.3     Peraturan dan syarat-syarat permainan
6.6.3.1        Takraw 5 sekawan
1.    Setiap regu perlu menghantar 5 orang pemain
2.    Servis permulaan hendaklah dilakukan di garisan belakang gelanggang
3.    Setiap servis akan dilakukan oleh peserta yang berbeza
4.    Pemain hanya boleh membuat 5 sentuhan sahaja
5.    Semua anggota badan boleh digunakan untuk mengambil bola kecuali tangan
6.    Permainan akan dijalankan dalam sistem kiraan mata 15 dan dijalankan dalam 1 set sahaja
7.    Permainan akan dijalankan dalam sistem liga
8.    Sistem kiraan mata ialah menang 3 mata dan kalah 0 mata
6.6.3.2        Jaringan si buta
1.    Peserta yang hendak melakukan sepakan hendaklah ditutup matanya
2.    Peserta yang telah ditutup mata akan dipusingkan
3.    Kemudian peserta dikehendaki menyepak bola yang telah disediakan ke dalam gol
4.    Setelah seorang peserta selesai melakukan sepakan, peserta yang seterusnya pula akan melakukan sepakan
5.    Permainan akan tamat setelah semua peserta melakukan 2 kali sepakan
6.    Permainan akan dijalankan dalam sistem liga
7.    Sistem kiraan mata ialah menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata

6.6.3.3        Belon Pak Lebai
1.    Pak Lebai harus ditetapkan oleh ahli kumpulan dan tidak boleh ditukar.
2.    Belon dibaling di dalam kain yang dipakai oleh pak lebai
3.    Belon yang pecah walaupun telah Berjaya ditnagkap menggunakan kain tdak akan dikira
4.    Hanya belon yang berada di dalam kain sahaja yang akan dikira sebagai jaringan
5.    Murid perlu membuat seberapa banyak balingan berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

6.7 Rumusan
Permainan dengan murid-murid adalah dua perkara yang sinonim dalam konteks kehidupan mereka di alam kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui bermain, secara tidak langsung kanak-kanak juga menjadi sihat dan cergas melalui permainan. Maka disini, dapat dilihat fungsi permainan itu sendiri yang dapat dijadikan guru sebagai salah satu pendekatan bagi menarik minat murid-murid untuk belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui kertas kerja ini, diharapkan agar dapat membantu guru-guru menambah ilmu dan mempelbagaikan idea-idea dan melengkapkan mereka supaya guru dapat menyesuaikan ilmu ini dengan apa-apa situasi pembelajaran dan pengajaran samada di dalam mahupun di luar kelas. Selain itu, diharapkan juga murid-murid akan lebih berminat untuk belajar kerana pendekatan melalui bermain permainan begitu disukai oleh kanak-kanak berbanding pembelajaran harian di kelas.
Melalui permainan ini juga kemahiran fizikal, motor kasar, motor halus, nilai kerjasama dan tolong menolong dapat dibimna dan dipupuk sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan pendidikan teras kepada pembentukan diri dari segala segi termasuk jasmani, emosi, rohani, intelak dan juga sosial.
Kesimpulannya, guru perlulah pandai untuk memilih dan menyesuaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar. Selain itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah dirancang dahulu supaya mengandungi objektif pembelajaran samada dari segi mental, fizikal, social mahupun spiritual.









                       




No comments:

Post a Comment