Pages

Monday, November 1, 2010

PISMP 2 - PENDIDIKAN KHAS (EN AZMI B. ABU BAKAR)

LATARBELAKANG

 

TARIKH LAHIR: 6 APRIL 1997
UMUR: 11 TAHUN
JANTINA: PEREMPUAN
BANGSA: MELAYU
AGAMA: ISLAM
TARIKH MASUK SEKOLAH: 12 JUN 2005
ALAMAT RUMAH: 107,TAMAN SURIA 2, JLN T/S 2/3, 06000 JITRA, KEDAH.
KATEGORI MASALAH: LEMBAM
NAMA BAPA: JOHARI B. ABDUL (SUDAH MENINGGAL)
NAMA IBU: FATIMAH BT AHMAD
PEKERJAAN: JURURAWAT
WARIS/PENJAGA: ZAKARIA ABDULLAH

·         MAKLUMAT KESIHATAN
Mengikut laporan oleh doktor pakar Siti Noraisyah menghadapi masalah pembelajaran yang disebabkan oleh rendah kecerdasan dan masalah penglihatan.

·         KATEGORI MASALAH
Siti Noraisyah didapati seorang murid-murid yang normal dari segi fizikal tetapi mengalami masalah dalam pembelajaran iaitu Attention Deficit Disorder(kurang daya tumpuan). Walaubagaimanapun, semasa aktiviti pembelajran dilakukan, dia tidak mengganggu kelas.

·         PUNCA MASALAH
Masalah ini berlaku kerana Siti Noraisyah sukar menyimpan sesuatu perkara yang dipelajari dalam jangkamasa yang lama dan sering hilang tumpuan semasa pembelajaran. Walaubagaimanapun, dia tidak mengganggu sesi pembelajaran didalam kelas. 

·         MASALAH SAMPINGAN
Terdapat juga kemungkinan masalah pembelajaran yang terjadi kerana Siti Noraisyah mengalami masalah penglihatan yang secara tidak langsung akan memberi sedikit kesan kepada proses pembelajarannya di sekolah. 

·         LATARBELAKANG KELUARGA
Siti Noraisyah lahir dalam keluarga yang sederhana di mana dia merupakan anak tunggal kepada Fatimah Bt Ahmad dan Johari Bin Abdul. Ibunya merupakan seorang jururawat di sebuah hospital dan ayahnya telah meninggal dunia. Siti Noraisyah telah dijaga oleh ibunya dan bapa tirinya.

·         PERSEKITARAN
Pelajar ini akan dihantar oleh ayah tirinya  ke sekolah pada setiap hari memandangkan ayah tirinya sudah bersara dan ibunya masih bekerja. Pelajar ini mempunyai seorang kawan rapat yang bernama Shakir, juga murid sekolah berkenaan. Jika dilihat dari segi fizikal, Siti Noraisyah merupakan pelajar yang paling tinggi dan memiliki saiz  badan yang besar berbanding kawan-kawan sekelasnya. Dia juga dilihat lebih matang dan dilantik sebagai seorang pengawas oleh guru-guru untuk mengawal murid-murid khas dari Program Kelas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Dia juga seorang anak yang baik  terhadap keluarga dan rapat dengan ibunya. Factor ini terjadi kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan juga kerana kematian bapanya.

PENAKSIRAN FUNGSIONAL
Terdapat beberapa komponen yang menjadi penaksiran iaitu:
1.    Komponen motor – motor kasar/motor halus.
2.    Komponen bahasa dan pertuturan.
3.    Komponen fizikal.
4.    Komponen kognitif.

KOMPONEN MOTOR (MOTOR KASAR/HALUS)
1.    Seorang murid yang normal dan tidak banyak bergerak semasa berada dikelas.
2.    Kawalan otot-otot kecil yang baik seperti menulis, melukis dan membuat kerja-kerja seni.
3.    Koordinasi badan, kaki-tangan yang baik boleh berlari, menari dan berjalan tanpa mengalami sebarang masalah.

KOMPONEN BAHASA DAN PERTUTURAN
1.    Penguasaan bahasa yang baik.
2.    Kemahiran menulis, membaca dan bertutur yang sempurna tanpa tersekat-sekat.
3.    Banyak menggunakan loghat kedah.
4.    Mengeluarkan bahasa yang kasar semasa marah seperti bodoh, mangkuk dan lain-lain.
5.    Boleh menyanyi dan mengaji Al-Quran.
6.    Suka bercerita dan berbual dengan rakan-rakanya terutama sekali Shakir.



KOMPONEN FIZIKAL
1.    Bentuk fizikal badan yang normal.
2.    Saiz badan yang besar dan tinggi.
3.    Berkulit putih.
4.    Kemas dan teratur.
5.    Mempunyai masalah penglihatan dan terpaksa menggunakan kaca mata.

KOMPONEN KOGNITIF
1.    Menghadapi masalah member tumpuan kepada pembelajaran.
2.    Tidak mampu mengingat sesuatu yang dipelajari dengan jangkamasa yang lama.
Secara keseluruhannya, pandai dalam banyak perkara terutama melibatkan penggunaan motor tetapi bermasalah semasa sesi pembelajaran. 



TAKRIFAN OPERASIONAL



Pada setiap hari, murid ini akan datang awal ke kelas dan dihantar oleh ayahnya. Pelajar ini akan terus masuk ke kelas untuk berjumpa dengan kawan-kawanya terutamanya Shakir. Ini kerana, Shakir juga seorang murid yang berbadan tinggi dan besar, sesuai dengan Siti Noraisyah  dan mereka sentiasa dilihat bersama. Walaubagaimanapun, ini tidak menandakan bahawa murid ini anti-sosial atau mengalami masalah dalam pergaulan dengan rakan-rakan sekolahnya. pelajar ini juga merupakan seorang pengawas yang dilantik khas untuk mengawal murid-murid khas dari kelas Program khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Perlantikan yang dibuat adalah berdasarkan kepada bentuk fizikalnya yang bersaiz besar dan tiada kecacatan serta lebih matang daripada kawan-kawannya yang lain.

Sebelum kelas dimulakan guru akan membuka televisyen untuk menarik perhatian murid-murid kelas PKBP dan menenangkan mereka. Rancangan televisyen yang selalu dibuka ialah rancangan yang disukai oleh kanak-kanak seperti rancangan kartun dan menyanyi. Namun Siti Noraisyah dilihat tidak begitu sebaliknya lebih suka menghabiskan masa pagi tersebut dengan bersembang bersama Shakir. Dia juga kerap dilihat bersama dengan guru pelatih yang datang membuat praktikum di sekolah tersebut untuk mengenali mereka dengan lebih rapat jika tidak bersama Shakir.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas, murid ini dilihat aktif menyertai pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Dia tidak mengalami masalah untuk mengikuti segala arahan guru, menyiapkan kerja dan tidak mengganggu kelas. Namun, murid ini akan berubah kelakuan kerana diganggu oleh Shakir, rakan sekelasnya. Dia akan mengeluarkan bahasa yang kasar sewaktu memarahi Shakir. Siti Noraisyah juga didapati hilang tumpuan apabila diganggu oleh Shakir. Walaubagaimanapun, Siti Aisyah sering dilihat membantu rakan-rakan sekelasnya yang mengalami masalah semasa menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.

Manakala pada sesi rehat murid-murid, pelajar ini memahami tatacara semasa berada  di kantin. Sebagai contoh, beratur semasa membeli makanan dan membuang plastik sampah makanan di dalam tong sampah.hal ini terjadi kerana, perkara ini mungkin telah  dididik dalam keluarga oleh ibunya. Dia juga tidak mengalami masalah untuk meletakkan pinggan  kotornya  selepas makan ke dalam baldi yang disediakan. Secara ringkasnya, murid ini memahami norma dan peraturan semasa berada di sekolah walaupun semasa berada  di kantin.

Murid ini tidak mengalami masalah seperti kebanyakan murid  khas lain contohya murid hyperaktif yang akan bertukar agresif selepas waktu rehat, sebaliknya masih mampu mengawal diri. Inilah yang membuktikan kematangan murid ini dalam mengawal perlakuannya. Faktor dia sebagai seorang pengawas juga mungkin mempengaruhi. Namun begitu, semasa sesi pembelajaran disambung dia akan mula hilang tumpuan semula kerana diganggu oleh Shakir. Murid ini akan memukul dan marah apabila sudah tidak tahan diganggu oleh Shakir. Semasa marah dia sekali lagi akan menggunakan bahasa yang kasar dan menggunakan nada suara yang tinggi.

Selain berada di sekolah guru-guru juga telah membawa Siti Noraisyah dan kawan-kawannya untuk melakukan aktiviti diluar bilik darjah. Aktiviti ini diadakan bagi menyambut harijadi murid-murid PKBP dari bulan Jun hingga November dan aktiviti ini dijalankan di Pusat Rekreasi Tasik Darulaman, Jitra. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ‘jogging’ di sekitar tasik dimana guru akan berlari bersama murid. Namun aisyah dilihat tidak mengalami masalah untuk membimbing rakannya berlari bersama. Tidak seperti rakan kelasnya yang lain yang tidak dapat dikawal dan ada yang berlari meninggalkan guru dan ada yang berjalan.

 

HURAIAN TINGKAH LAKU SASARAN


Siti Noraisyah merupakan seorang murid dalam kategori lembam di mana tahap kecerdasan otaknya rendah dan mengalami masalah sampingan iaitu masalah penglihatan. Kategori pelajar bermasalah lembam ini didefinisikan sebagai satu atau lebih kecelaruan pada asas psikologikal kanak-kanak yang menagaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca , menulis, mengeja dan mengira (Hallahan dan Kauffman, 2006).
Rathus, 2004 pula menyatakan kanak-kanak yang mempunyai  masalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan didalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta adakalanya mempamerkan  masalah kecelaruan lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial. Permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak kategori ini menjurus kepada kepayahan mereka untuk menguasai kemahiran asas 3M untuk meneeruskan pembelajaran. Namun begitu, kepayahan mereka ini dikira  sebagai minimum berbanding kanak-kanak keperluan khas yang lain  Cuma mereka memerlukan bimbingan dan kaedah khas untuk membolehkan mereka mencapai potensi optimum mereka.
Huraian di atas adalah bagi menerangkan keadaan Siti Noraisyah yang tergolong dalam kategori lembam tetapi boleh dipulihkan dengan menggunakan kaedah khas. Selain masalah dalam pembelajaran, mmurid kategori ini juga akan mempunyai masalah dalam tingkah laku. Dalam pemerhatian saya sepnjang melakukan tugasan disana, tingkah laku sasaran yang disasarkan kepada murid ini ialah dia suka bergaduh dan penggunaan bahasa yang kasar semasa bergaduh.


Semasa sesi pembelajaran berlangsung, Siti Noraisyah akan bertingkah laku secara normal dan mengikuti pelajaran dikelas dengan tekun tetapi akan mula mengubah tingkah lakunya apabila marah.Hal ini adalah disebabkan gangguan dari rakan sekelasnya yang akan mengejek-ejek Siti Noraisyah. Apabila marah, Siti Noraisyah akan mengeluarkan nada suara yang tinggi di dalam semua keadaan termasuklah pada sesi pembelajaran. Semasa murid ini marah juga, dia akan mengeluarkan bahasa yang kasar dan pernah mencarut kepada rakan kelas yang mengganggunya. Selain itu, Siti Noraisyah juga akan bertindak memukul murid yang mengganggunya . tingkah laku ini sering dapat dilihat ketika saya melakukan pemerhatian.
Kekerapaan tingkah laku ini adalah berdasarkan kepada rakan kelas yang mengganggunya. Selalunya, jika tiada gangguan daripada rakan-rakan Siti Norasiyah tidak bertingkah laku sedemikian. Tetapi kekerapan ini hanya terjadi sering terjadi sewaktu di sesi persekolahannya.  Dan jangkamasa berlakunya tingkah laku ini adalah berlaku sepanjang masa. Dalam masa lima minit pasti Siti Noraisyah tidak senang duduk keranan diganggu rakannya dan akan memarahi mereka menggunakan bahasa kesat.
Intensiti terjadinya tingkah laku ini bergantung kepada tahap kemarahan Siti Noraisyah. Maksudnya disini ia akan menjadi kuat jika dia terlampau marah sehingga bertindak memukul rakan kelas yang mengejeknya tetapi intensitinya pada tahap sederhana jika dia tidak terlalu marah. Jika di tidak terlalu marah, dia hanya  akan mengejak kembali akan kelasnya yang mana tingkah laku sebegini adalaha normal dikalangan murid seusianya.


STRATEGI


            Strategi merupakan sesuatu alternatif yang dicipta atau direka untuk menengani sesuatu masalah. Terdapat banyak strategi yang boleh dicipta tetapi ia bergantung kepada masalah yang dihadapi dan bukan hanya satu strategi boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam konteks masalah tingkah laku yang dialami oleh Siti Noraisyah, saya merasakan bahawa strategi yang paling sesuai digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku Siti Noraisyah ialah dengan meenggunakan kaedah’ Modelling’.
Kaedah ‘modelling’ merupakan salah satu kaedah pembelajaran manusia melalui pemerhatian dan peniruan. Dalam kaedah ‘modeling’ terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian untuk mengubah tingkah laku sasaran. Pertama sekali ialah peniruan, suatu proses meniru dengan tepat dan berkesan. Ia bermaksud, peniruan adalah berdasarkan tingkahlaku yang positif dan memberi perubahan kepada tingkahlaku sasaran yang dalam koteks tugasan ini, Siti Noraisyah. Elemen kedua ialah retensi, iaitu proses memerhati dan dan menyimpan sesuatu tingkah laku yang diperhatikan untuk kegunaan jangkamasa yang lama. Dan elemen terakhir ialah produksi, iaitu memproses konsep yang berkaitan dengan tingkah laku.
Proses ‘modelling’ ini juga dikenali sebagi proses peniruan yang  terdiri dari tiga tahap iaitu pemerolehan, kelancaran dan juga generalisasi. Tahap pertama ialah pemerolehan, dimana murid diajar secara langsung tingkah laku model dengan menggunakan kawalan rangsangan dan pengukuhan tingkahlaku seperti membentuk, mengukuh, menggalak dan membesarkan tingkahlaku positif  yang ingin diterapkan. Melalui cara ini, murid akan terbiasa dengan tingkah laku positif yang ingin diterapkan guru supaya dengan progresif dapat mengubah tingkahlaku sasaran yang negatif.
Tahap kedua pula ialah tahap kelancaran. Tahap ini ialah dimana kanak-kanak akan belajar meniru tingkah laku model secara visual tanpa dirangsang samada secara verbal atau fizikal. Murid tadi dijangka akan meniru tingkah laku yang ingin diterapkan secara spontan. Melalui tahap ini guru boleh merujuk Siti Noraisyah kepada murid yang bertingkah laku positif yang dapat mengubah tingkahlaku negatifnya dan dia akan cuba meniru tingkah laku yang ingin diterapkan guru tersebut.
Manakala tahap terakhir dalam kaedah ‘modelling’ ialah generalisasi ataupun kesinambungan dimana pada tahap ini, kanak-kanak mampu menghasilkan tingkah laku model yang telah diperhatikannya tanpa kehadiran model di persekitarannya. Maksudnya, pada tahap ini Siti Noraisyah dijangka dapat menyerap tingkahlaku yang ingin diterpkan guru dan melakukannya tanpa perlu dirujuk atau ditunjukkan model.
Selain rasional yang diterapkan diatas, dengan menggunakan kaedah ‘modelling’, Siti Noraisyah akan bertindakbalas dengan gerakan atau tingkahlaku yang baru. Selain itu, dia juga secara tidak langsung dapat membentuk tingkahlaku yang baik mengikut positif sekiranya wujud tingkahlaku yang baik mengikut etika-etika sosial dalam masyarakat. Ini bermakna, pergaulan Siti Noraisyah perlu dijaga bagi membolehkan usaha mengubah tingkahlaku.


KAEDAH PENCERAPAN

Kaedah ‘Event Recording’
Rajah 1
NAMA: SITI NORAISYAH BT. JOHARI
PERSEKITARAN: DALAM KELAS
TINGKAH LAKU SASARAN: MEMUKUL KAWAN APABILA MARAH DAN MENGGUNAKAN BAHASA KASAR.
PEMERHATI: MUHAMMAD ZULHILMI BIN ISMAIL
TARIKH:25/8/2008-28/8/2008


TARIKH

JANGKAMASA
PEMERHATIAN
(MINIT)

FREKUENSI

KADAR SEMINIT

25/08/2008
10
 12
1.2

26/08/2008
15
15
1

27/08/2008
20
18
-

28/08/2008
25
26
1.04




Rumusan graf.
Graf frekuensi diatas menunjukkan tingkah laku Siti Noraisyah sepanjang seminggu saya menjalankan tugasan di Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra kedah. Graf di atas menunjukkan kekerapan tingkahlaku sasaran selama seminggu bermula tarikh 25/08/2008 hingga 28/08/2008. Pada 25/08/2008, saya telah melakukan pemerhatian selama 10 minit dan didapati kekerapan Siti Noraisyah memukul rakannya apabila marah diejek serta menggunakan bahasa yang kasar adalah sebanyak 12 kali. Dan dapat dilihat apabila semakin lama masa yang saya perhatikan, saya mencatatkan lebih banyak kekerapan tingkah laku murid tersebut. Faktor ini berlaku kerana Siti Noraisyah sering diganggu oleh rakan kelasnya dan setiap kali diganggu tindakbalas yang diberikan adalah sama iaitu memukul dan menggunakan bahasa yang kasar.

PENILAIAN

Alhamdulillah syukur kepada yang maha Esa kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, En Azmi B. Abu Bakar dengan sempurna.  Tugasan kali ini adalah mengikut subjek major Opsyen yang telah diberikan oleh Pensyarah Pendidikan Khas dan terutamanya bagi subjek Pengurusan Tingkah Laku.
Pada tugasan kali ini saya telah memilih Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin  yang berdekatan dengan Institut Perguruan Darulaman kerana mengambil kira faktor pengangkutan, kos minyak dan juga jarak sekolah tersebut. Tugasan adalah selama seminggu bermula pada 24/08/2008 hingga 28/08/2008 dan saya membuat tugasan ini bersama dua lagi sahabat handai bagi memudahkan kerja. Tugasan ini adalah bagi memerhati dan mencatat data tentang tingkah laku sasaran murid khas yang dipilh semasa berada disekolah tersebut.
Semasa berada disana, kami telah menjadikan Bilik  Program Khas Bermasalah Pembelajaran sebagai tempat untuk memilih subjek bagi tingkah laku sasaran. Kali pertama memasuki bilik tersebut, saya telah tertarik dengan telatah dua orang murid khas disitu iaitu, Siti Noraisyah  yang rapat dengan panggilan Aisyah dan Syakir, kawan merangkap rakan sekelasnya. Ini kerana mereka sentiasa bersama tetapi sering dilihat mereka bergaduh. Dan saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan siti Noraisyah sebagai subjek pemerhatian saya atas tingkahlaku yang akan memukul dan memarahi shakir dengan bahasa yang kasar. Sepanjang seminggu berada di sekolah tersebut saya telah mencatatkan beberapa data mengenai tingkah lakunya untuk menjawab persoalan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.
Semasa melakukan tugasan bertaip pula, saya telah mempelajari cara-cara yang betul untuk mencatatkan data, memindahkannya ke dalam bentuk graf serta memilih kaedah yang sesuai untuk memperbaiki dan membetulkan tingkahlaku Siti Noraisyah yang saya rasa harus diubah. Jadi dengan ini saya berterima kasih kerana pengajaran En. Azmi telah memberikan banyak kesan dan membantu saya dengan nota-nota kuliah serta syarahan yang diberikan. Melalui tugasan ini juga saya mendapati bahawa bukan semua perkara boleh diperolehi di dalam kelas, ada sesetengahnya memerlukan pengalaman langsung supaya pelajaran tersebut menjadi salah satu ingatan dan ilmu yang kekal didalam kepala kita.  Sekian, Terima Kasih.





No comments:

Post a Comment