Pages

Thursday, November 4, 2010

PISMP 6 - PDK : LAPORAN KESELURUHAN


LAPORAN KESELURUHAN

Pada semester ini, kami pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi opsyen (PISMP) Pendidikan Khas dikehendaki melawat dan menjalankan program di sebuah Pusat latihan Dalam Komuniti (PDK) bagi melengkapkan syarat mendapat Ijazah.
Setelah pelantikan dan mesyuarat daripada ahli jawatankuasa induk dijalankan selain perbincangan bersama pensyarah, terdapat beberapa PDK di seluruh negeri Kedah disenaraikan dan kelas kami iaitu PISMP Pendidikan Khas/ Pendidkan Jasmani 2 telah memilih PDK Jitra. Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa faktor seperti masalah pengangkutan selain jarak PDK tersebut yag berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sendiri bagi memudahkan penyeliaan daripada pihak pensyarah.

Selain jawatakuasa induk, kelas kami membentuk lagi sebuah jawatankuasa kecil bagi memudahkan pembahagian tugas dan perancangan aktivtiti di PDK Jitra. Saya merupakan bendahari bagi jawatankuasa kecil kumpulan ini yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan mengikut hari dan aktiviti  ini dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu aktiviti akademik, home base dan keceriaan. Aktiviti yang dirancang ini dibahagikan kepada mengikut tahap perkembangan pelatih dari segi fizikal dan mental serta kebolehan mereka untuk menjalankan aktiviti. Justeru, aktiviti dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Segala aktiviti yang dirancang adalah seperti dibawah :-






HARI PERTAMA, 3 OKTOBER 2010

SENAMAN PAGI
Aktiviti senaman pagi merupakan rutin kepada para pelatih di PDK Jitra bertujuan merangsang perkembangan psikomotor mereka yang lemah. Antara aktiviti senaman yang dijalankan termasuklah aktiviti regangan sendi, senamrobik, tarian poco-poco serta tarian ‘chicken dance’. Kemudian, pelatih akan menyayikan lagu Negaraku dan membaca doa beramai-ramai.

BUAT DOH TEPUNG & MEMBUAT BENTUK PADA TEPUNG
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan yang sederhana yang merupakan satu terapi bagi melatih kemahiran manipulatif para pelatih melalui penggunaan bahan-bahannya iaitu tepung dan minyak. Pelatih dikehendaki menguli tepung dengan menggunakan tangan dan jari masing-masing bagi membentuk doh. Para pelatih kemudian diminta membuat bentuk-bentuk bulat, bentuk panjang dan lain-lain mengikut kreativiti dan tunjuk ajar dari fasilitator. Pelatih yang mempunyai perkembangan psikomotor yang lebih rendah tahapnya diberikan doh tepung yang telah siap diuli dan diminta membuat bentuk-bentuk bulat, meramas, mencubit dan membuat lubang di doh tersebut. (Rujuk lampiran 1)

MENCORAKKAN KAIN DAN KERTAS LUKISAN MENGGUNAKAN BERUS & STRAW.
Aktiviti ini merupakan aktiviti berbentuk terapi yang menggabungkan kreativiti pelatih dalam menghasilkan corak pada sehelai kertas lukisan dan sehelai kain putih. Bagi pelatih dari kumpulan sederhana, mereka diminta mencorakkan kain putih yang telah diikat menggunakan gelang getah dengan menggunakan berus dan warna air manakala bagi kumpulan lemah pula mereka diminta mencorakkan kertas lukisan putih dengan meniup warna air menggunakan straw. Ini merupakan satu terapi untuk pertuturan dan aktiviti ini sesuai dengan kumpulan lemah kerana mereka tidak mampu memegang berus lukisan yang berkaitan dengan tahap kemahiran manipulatif  yang rendah. Aktiviti ini perlu disiapkan segera akan kerana ia penting pada hari seterusnya.(Rujuk lampiran 1)

HARI KEDUA, 4 OKTOBER 2010

Aktiviti dimulakan dengan rutin pelatih iaitu aktiviti senaman pagi diikuti nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. 

MENCUCUK NUGGET PADA LIDI & MEMASUKKAN BARANG-BARANG MAKANAN KE DALAM BEG KERTAS.
Bagi aktiviti memasukkan nugget ini, kumpulan sederhana telah dipilih kerana ia melibatkan risiko kecederaan. Nugget yang telah digoreng akan diberikan kepada pelatih dimana pelatih akan menggunakan sebatang lidi dan mencucuk nugget dalam turutan untuk dimakan pada waktu rehat nanti. Selain berbentuk terapi, aktiviti ini juga melatih murid berdikari. Bagi pelatih daripada kumpulan lemah, mereka diminta memasukkan barang-barang makanan seperti kek Apollo, snek dan gula-gula ke dalam beg plastik untuk diagihkan kepada para pelatih.(sila rujuk almpiran 1)

MEMBUAT GELANG & AKTIVITI MEWARNA
Aktiviti selepas rehat ialah membuat gelang dengan meggunakan tiub dan penyambungnya. Aktiviti ini khas bagi kumpulan sederhana dimana pelatih akan menggunakan kain yang telah dicorakkan pada hari pertama untuk dimasukkan ke dalam tiub untuk menghasilkan gelang tangan. Bagi murid dari kumpulan lemah pula, mereka diberikan aktiviti mewarnakan kertas lukisan dengan berus. Mereka dikehendaki melukis bentuk-bentuk dan kebanyakan aktiviti berbentuk mekanis.

HARI KETIGA, 5 OKTOBER 2010

SUKANEKA
Pada hari ketiga selepas melakukan senaman pagi, para pelatih dibahagikan kepada empat kumpulan bagi acara sukaneka. Kumpulan ini dibahagikan mengikut warna iaitu hijau, biru, kuning dan merah. Bagi aktiviti ini, semua pelatih terlibat dan dicampurkan ke dalam empat-empat kumpulan. Antara acara-acara yang terdapat di dalam sukeneka ini ialah acara merenyuk kertas dan membalingnya ke dalam bakul yang telah disediakan. Melalui aktiviti ini, unsur terapi diterapkan dan kemahiran motor kasar turut dilatih melalui aktiviti merenyuk dan membaling kertas ke dalam bakul. Acara lain ialah memasukkan tali dalam straw untuk membentuk straw terpanjang. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untulk memasukkan tali kedalam straw dalam masa dan tiada had masa ditetapkan kerana mengambil faktor fizikal pelatih.
Pada hari ini juga, kami sempat meraikan harijadi pelatih-pelatih pada bulan Oktober dan September dengan mengadakan jamuan. Malah, kami bernasib baik kerana kedai kek Nash Doughnut & Bakeries sudi menyumbangkan kek harijadi kepada pelatih-pelatih PDK Jitra.

HARI KEEMPAT, 6 OKTOBER 2010

HOME-BASED
Pada hari keempat, kami telah menyertai staf PDK Jitra untuk aktiviti ‘Home-based’ di kawasan sekitar. Aktiviti ini merupakan aktiviti oleh pihak PDK yang akan bergerak dari rumah ke rumah untuk membantu pelatih yang menghadapi kesukaran untuk ke PDK. Kami telah pergi ke lima buah rumah dimana kebanyakan pelatih mempunyai menhidap masalah Cerebral Palsy. Tujuan aktiviti ini adalah memudahkan pelatih dan keluarga yang rata-rata datangnya dari latarbelakang keluarga susah dan mempunyai masalah pengangkutan. Antara aktiviti dilakukan adalah dengan memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada keluarga atau waris untuk menguruskan pelatih selain melakukan aktiviti susulan di rumah. Selain itu, pihak PDK turut melakukan aktiviti fisioterapi kepada pelatih-pelatih.(sila rujuk lampiran 1)

HARI KELIMA, 7 OKTOBER 2010

AKTIVITI KECERIAAN
Hari terakhir kami di PDK Jitra adalah berkenaan soal keceriaan PDK. Aktiviti yang telah dirancang adalah untuk menghias bangunan dan kelas PDK supaya lebih cantik dan menarik. Antara aktiviti keceriaan yang dilakukan termasuklah membuat mural pada pintu hadapan bangunan dan menghias ruang utama PDK Jitra



No comments:

Post a Comment