BENDAHARI
1.0 SEBELUM
Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jitra, tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui bahagian kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman melalui beberapa proses. Peruntukan yang diterima oleh kami adalah dalam bentuk “Loan Order”, dimana saya selaku bendahari tidak akan mendapat peruntukan tersebut secara tunai. Peruntukan bagi setiap orang pelajar adalah RM 10.00 sehari bagi aktiviti atau program yang dijalankan dalam lingkungan 10 kilometer daripada Institut, maka sepanjang program akan dilangsungkan, peruntukan yang akan diterima oleh kami secara keseluruhannya berjumlah RM 500.00
Tugas seterusnya adalah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya setiausaha dan pengerusi bagi mencari pembekal yang bersetuju untuk menerima “Loan Order”. Pembekal tersebut adalah Kedai runcit Pulau Betong dimana pihaknya bersetuju untuk membekalkan barang-barang keperluan (sila rujuk Lampiran A) yang kami perlukan sepanjang program berlangsung.
2.0 SEMASA
Sepanjang program berlangsung di PDK Jitra, tidak banyak tugas yang melibatkan jawatankuasa ini kecuali terlibat dan membantu jawatankuasa lain iaitu jawatankuasa aktiviti yang dibahagikan kepada tiga aktiviti utama iaitu bidang akademik, keceriaan dan “Home-base”.
3.0 SELEPAS
Selepas tamat program di PDK Jitra, tugasan pada peringkat ini adalah menilai keberkesanan tugas jawatankuasa yang dijalankan dengan melakukan refleksi dan mengadakan mesyuarat post-mortem.
Lampiran A
SENARAI BARANG-BARANG KEPERLUAN PROGRAM PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI | |
AKADEMIK | 1. Getah |
2. Tiub & penyambung | |
3. Kain cotton | |
4. Buku lukisan | |
5. Warna poster | |
6. Berus warna | |
KECERIAAN | 1. Polystyrene |
2. Kertas aluminium | |
3. Cat | |
4. Minyak tanah | |
5. Double tape | |
SUKANEKA | 1. Kertas warna |
2. Straw | |
3. Tali rafia |
No comments:
Post a Comment