Pages

Thursday, November 4, 2010

PISMP 6 - PDK LAPORAN INDIVIDU : BAHAGIAN AKT SENAMAN


LAPORAN AKTIVITI

Sepanjang program ini berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Jitra, saya diberikan tanggungjawab untuk mengetuai satu aktiviti penting yang juga merupakan rutin oleh pihak PDK sendiri. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti senaman dan dijalankan pada waktu pagi setiap hari.

Bagi aktiviti senaman ini, saya hanya menambah aktiviti senamrobik dan mengikuti aktiviti lain yang telah dirancangkan oleh pihak PDK Jitra. Mengikut perjalanan aktiviti senaman yang dilakukan, aktiviti akan dimulakan dengan regangan badan diikuti dengan senamrobik, tarian “chicken dance”, tarian poco-poco dan diakhiri dengan aktiviti nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa.


Antara rasional aktiviti senaman ini dilakukan adalah bagi memelihara kesihatan pelatih-pelatih di PDK Jitra umumnya. Hal ini kerana, aktiviti senaman yang dijalankan mampu meningkatkan kadar denyutan nadi dan melancarkan proses pengaliran darah para pelatih di PDK Jitra. Selain itu, melalui aktiviti senaman juga, kita membantu melatih para pelatih yang mengalami masalah psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus mereka dengan erti kata lain aktiviti ini juga merupakan   satu bentuk fisioterapi. Melalui aktiviti senaman yang dilakukan juga, didapati para pelatih berasa seronok dan melibatkan diri dengan aktif.

Kekuatan utama yang dapat saya lihat semasa mengendalikan aktiviti senaman ini yang pertama ialah kerana pengetahuan dan pengalaman yang saya ada kerana pernah terlibat dengan aktiviti senamrobik dan mengajar olahraga serta sebagai bakal guru mengendalikan murid-murid khas yang  tidak banyak perbezaannya dengan pelatih-pelatih di PDK Jitra ini. Kedua, penglibatan para pelatih semasa menjalankan aktiviti dimana hampir kesemua pelajar mengikut arahan yang diberikan dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti senaman. Ketiga, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh staf PDK memudahkan aktiviti ini dijalankan dengan jayanya.

Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil perhatian iaitu kehadiran para pelatih tidak selalunya konsisten. hal ini kerana, sistem yang digunakan tidak seperti di sekolah dan tidak mungkin sistem di kedatangan sekolah sesuai digunakan kepada para pelatih di PDK Jitra ini. Ini merupakan satu kekurangan tetapi saya akur dan faham tentang perkara ini yang terjadi disebabkan beberapa faktor seperti masalah pengangkutan dan latarbelakang keluarga. Kedua, ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti senaman. Aktiviti senaman dijalankan di dalam PDK itu sendiri dimana kurangnya pengaliran udara dan sempit tidak sesuai jika dibandingkan dengan jumlah pelatih. Hal ini juga terjadi kerana faktor keselamatan pelatih ketika menjalankan aktiviti di luar.  Walaubagaimanapun, diharapkan supaya pada masa hadapan adalah lebih sesuai jika aktiviti dijalankan di laman PDK yang terbuka dan lebih luas dan perlunya pengawasan dari pihak pengendali aktiviti supaya tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Kesimpulannya, aktiviti senaman yang dijalankan bertujuan membantu pelatih dari segi jasmani dan rohani selain memberikan keseronokan. Walaupun aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan diatasi.





No comments:

Post a Comment