Pages

Thursday, November 4, 2010

PISMP 6 - PDK LAPORAN AJK BENDAHARI


BENDAHARI

1.0  SEBELUM

Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jitra, tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui bahagian kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman melalui beberapa proses. Peruntukan yang diterima oleh kami adalah dalam bentuk “Loan Order”, dimana saya selaku bendahari tidak akan mendapat peruntukan tersebut secara tunai. Peruntukan bagi setiap orang pelajar adalah RM 10.00 sehari bagi aktiviti atau program yang dijalankan dalam lingkungan 10 kilometer daripada Institut, maka sepanjang program akan dilangsungkan, peruntukan yang akan diterima oleh kami secara keseluruhannya berjumlah RM 500.00


Tugas seterusnya adalah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya setiausaha dan pengerusi bagi mencari pembekal yang bersetuju untuk menerima “Loan Order”. Pembekal tersebut adalah Kedai runcit Pulau Betong dimana pihaknya bersetuju untuk membekalkan barang-barang keperluan (sila rujuk Lampiran A) yang kami perlukan sepanjang program berlangsung.

2.0  SEMASA

Sepanjang program berlangsung di PDK Jitra, tidak banyak tugas yang melibatkan jawatankuasa ini kecuali terlibat dan membantu jawatankuasa lain  iaitu jawatankuasa aktiviti yang dibahagikan kepada tiga aktiviti utama iaitu bidang akademik, keceriaan dan “Home-base”.
 
3.0  SELEPAS

Selepas tamat program di PDK Jitra, tugasan pada peringkat ini adalah menilai keberkesanan tugas jawatankuasa yang dijalankan dengan melakukan refleksi dan mengadakan mesyuarat post-mortem.



Lampiran A

SENARAI BARANG-BARANG KEPERLUAN

PROGRAM PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

AKADEMIK
1.    Getah
2.    Tiub & penyambung
3.    Kain cotton
4.    Buku lukisan
5.    Warna poster
6.    Berus warna
KECERIAAN
1.    Polystyrene
2.    Kertas aluminium
3.    Cat
4.    Minyak tanah
5.    Double tape
SUKANEKA
1.    Kertas warna
2.    Straw
3.    Tali rafia



Read more...

PISMP 6 - PDK LAPORAN INDIVIDU : BAHAGIAN AKT SENAMAN


LAPORAN AKTIVITI

Sepanjang program ini berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Jitra, saya diberikan tanggungjawab untuk mengetuai satu aktiviti penting yang juga merupakan rutin oleh pihak PDK sendiri. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti senaman dan dijalankan pada waktu pagi setiap hari.

Bagi aktiviti senaman ini, saya hanya menambah aktiviti senamrobik dan mengikuti aktiviti lain yang telah dirancangkan oleh pihak PDK Jitra. Mengikut perjalanan aktiviti senaman yang dilakukan, aktiviti akan dimulakan dengan regangan badan diikuti dengan senamrobik, tarian “chicken dance”, tarian poco-poco dan diakhiri dengan aktiviti nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa.


Antara rasional aktiviti senaman ini dilakukan adalah bagi memelihara kesihatan pelatih-pelatih di PDK Jitra umumnya. Hal ini kerana, aktiviti senaman yang dijalankan mampu meningkatkan kadar denyutan nadi dan melancarkan proses pengaliran darah para pelatih di PDK Jitra. Selain itu, melalui aktiviti senaman juga, kita membantu melatih para pelatih yang mengalami masalah psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus mereka dengan erti kata lain aktiviti ini juga merupakan   satu bentuk fisioterapi. Melalui aktiviti senaman yang dilakukan juga, didapati para pelatih berasa seronok dan melibatkan diri dengan aktif.

Kekuatan utama yang dapat saya lihat semasa mengendalikan aktiviti senaman ini yang pertama ialah kerana pengetahuan dan pengalaman yang saya ada kerana pernah terlibat dengan aktiviti senamrobik dan mengajar olahraga serta sebagai bakal guru mengendalikan murid-murid khas yang  tidak banyak perbezaannya dengan pelatih-pelatih di PDK Jitra ini. Kedua, penglibatan para pelatih semasa menjalankan aktiviti dimana hampir kesemua pelajar mengikut arahan yang diberikan dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti senaman. Ketiga, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh staf PDK memudahkan aktiviti ini dijalankan dengan jayanya.

Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil perhatian iaitu kehadiran para pelatih tidak selalunya konsisten. hal ini kerana, sistem yang digunakan tidak seperti di sekolah dan tidak mungkin sistem di kedatangan sekolah sesuai digunakan kepada para pelatih di PDK Jitra ini. Ini merupakan satu kekurangan tetapi saya akur dan faham tentang perkara ini yang terjadi disebabkan beberapa faktor seperti masalah pengangkutan dan latarbelakang keluarga. Kedua, ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti senaman. Aktiviti senaman dijalankan di dalam PDK itu sendiri dimana kurangnya pengaliran udara dan sempit tidak sesuai jika dibandingkan dengan jumlah pelatih. Hal ini juga terjadi kerana faktor keselamatan pelatih ketika menjalankan aktiviti di luar.  Walaubagaimanapun, diharapkan supaya pada masa hadapan adalah lebih sesuai jika aktiviti dijalankan di laman PDK yang terbuka dan lebih luas dan perlunya pengawasan dari pihak pengendali aktiviti supaya tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Kesimpulannya, aktiviti senaman yang dijalankan bertujuan membantu pelatih dari segi jasmani dan rohani selain memberikan keseronokan. Walaupun aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan diatasi.






Read more...

BIG 6 - LAPORAN REFLEKSI CERAMAH JPN DAN GURU CEMERLANG


REFLEKSI

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.
Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.
Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, “Fungsi dan Peranan JPN serta Pengoperasiannya” oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu En Mahadhir B. Ismail. Sesi bengkel ini diadakan  di Bilik Kuliah 1, Pusat Sumber Institut. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sesi bengkel diakhiri dengan pemberian hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester enam iaitu, saudara Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai.
            Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang.
            Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan memakai ‘blazer’.
            Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif. Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana system pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang melampau di dalam dewan. Pemakaian tie menambahkan lagi bahang kepanasan pada para guru pelatih. 
Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.
Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan dengan lebih awal.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

TENTATIF PROGRAM


Read more...