Pages

Saturday, October 30, 2010

PPISMP SEM 3 - PK : RUMUSAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)

RUMUSAN

Perkara yang paling mencabar bagi seseorang guru ialah bagaimana mengajar murid-murid yang berkeperluan khas. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan, namun begitu guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang mana lebih sesuai untuk digunakan dalam pengajaran. Bagi murid-murid yang berkeperluan khas kategori bermasalah pembelajaran, mereka memerlukan kaedah yang lebih efektif dan berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka kerana tahap kefahaman dan pemikiran  mereka tidak seperti kanak-kanak biasa. Kaedah inkuiri penemuan dan kaedah konstruktivisme merupakan kaedah yang sesuai untuk murid-murid bermasalah pembelajaran kerana kaedah ini mudah diaplikasikan oleh guru dan ia boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam rumusan ini dibincangkan mengenai kelebihan dan keburukan bagi kedua-dua kaedah ini.

            Kaedah yang pertama adalah kaedah inkuiri penemuan. Kebaikan yang pertama ialah oleh sebab murid-murid mudah untuk mengingati apa yang telah dipelajari berdasarkan pengalaman mereka melalui perlakuan dan penglibatan menyeluruh, malah ingatan mereka adalah lebih kukuh. Hal ini penting kerana sesuatu pelajaran mestilah diingati setiap murid. Selain itu, murid tidak akan berasa bosan dan merasa gembira untuk menimba pengetahuan. Selain itu juga, minat murid dalam tajuk atau sesuatu bidang yang disiasat itu akan bertambah. Hal ini kerana mereka sentiasa berminat untuk belajar. Kebaikan yang keempat pula ialah strategi ini berperanan di domain aras kognitif tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian. Kelima, murid memperoleh kemahiran serta sikap yang perlu untuk pengajaran kendiri.

      Selain lima kebaikan, terdapat lima keburukan dalam menggunakan kaedah ini dalam pengajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Keburukan yang pertama ialah ia mengambil masa yang panjang dan pemesongan topik kerap berlaku. Ia juga berkemungkinan melambatkan bagi seseorang guru untuk mengajar perkara atau topik lain kepada murid. Selain itu, murid-murid biasanya mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang. Rumusan yang salah setelah banyak masa dan tenaga telah dicurahkan amat melemahkan semangat murid-murid. Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta mendalam tentang satu-satu mata pelajaran supaya dapat memberikan bimbingan yang berkesan. Keburukan yang kelima ialah ia adalah lebih sesuai bagi murid-murid yang telah mencapai peringkat operasi formal (11-15 tahun ke atas) di mana mereka boleh menggunakan logik untuk memahami kebanyakan perkara serta menyelesaikan masalah secara logis.

            Kaedah kedua yang sesuai ialah kaedah konstruktivisme. Kaedah konstruktivisme ialah kaedah di mana  satu fahaman yang mencadangkan pelajar belajar sesuatu dan mereka boleh membina fahaman mereka sendiri. Di dalam kaedah ini, guru mengambil kira pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar tersebut. Ini kerana di dalam pembelajaran ini, guru dianggap sebagai fasilitator dan ini mewujudkan komunikasi antara guru dan pelajar. Dengan kata lain guru hanya menjadi seorang pemudah cara sahaja. Sebagai contoh setiap pembelajaran yang diajar kepada murid, murid semestinya mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan dengan apa yang diajarkan itu. Oleh itu, mereka boleh melahirkan pendapat mereka sendiri dan berkongsi idea dengan guru mereka.

            Kebaikan bagi kaedah konstruktivisme pula ialah di dalam pengajaran ini ialah kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Keduanya, murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Ketiga, kaedah ini dapat menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Murid dapat meluahkan apa yang tersirat dan apa yang mereka faham tentang sesuatu mereka. Keempat, kaedah konstruktivisme ini dapat menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Akhir sekali, kaedah ini dapat menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid lain.

         Selain kebaikan, kaedah konstruktivisme ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya, Melalui kaedah ini guru merasakan seperti mereka tidak mengajar murid kerana kaedah ini lebih menitikberatkan kepada murid berfikir sendiri dan memberi pendapat mereka. Keduanya, Guru akan merasakan bahawa penerangan mereka tidak penting lagi kerana di dalam kaedah ini, ia lebih menekankan murid lebih banyak berinteraksi dengan guru tentang apa yang mereka fahami.Selain itu juga, guru merasakan pendapat mereka tercabar kerana pendapat ditentang oleh murid.

                    Oleh itu, kaedah inkuiri penemuan dan konstruktivisme merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran kerana kaedah ini bertepatan dengan kaedah pembelajaran mereka walaupun mempunyai kelemahan tersendiri. Segala kelemahan yang dikenalpasti perlulah di atasi oleh setiap guru.

No comments:

Post a Comment