Pages

Monday, November 1, 2010

PISMP 3 - IP (PN RUSYATI BT HANAFIAH)








LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “IS KEVIN BLUFFING “

1.0 PENDAHULUAN.
Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ” oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin.

2.0 SINOPSIS.
Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid gred enam di Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143, perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time-out” dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144, perenggan 8). Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10). Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. (m/s 145, perenggan 13). Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145, perenggan 15). Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17).

3.0 TEORI YANG BERKAITAN
3.1     Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner dimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat satu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Dan pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di sekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Miss Carol.
3.2       Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert Bandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini, sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba mmengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13)

4.0 KONSEP YANG BERKAITAN
4.1 Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiran bersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol yang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144, perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyai kemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain.

5.0 MODEL YANG BERKAITAN
5.1 MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH
5.1.1     Terdapat dua model disiplin bilik darjah yang diceritakan didalam kes yang dikaji ini. Pertama  ialah model Asertif oleh Lee Canter. Penggunaan model ini lebih kurang sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan (rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan (consequence). Bantuan diperlukan daripada ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini. Selain itu, Model asertif membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada murid. Contoh dalam kes ini, Miss Carol dan Miss Allison telah membuat satu senarai peraturan yang perlu diikuti oleh Kevin, akan tetapi dia telah melanggarnya dan mendapat hukuman(time-out) (m/s 144, perenggan 8 )
5.1.2     Model yang kedua ialah  model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang  gangguan darinya. (m/s 144, perenggan 9&10 )

6.0  CADANGAN STRATEGI
Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin.  Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepada pihak penjaga Kevin.



REFLEKSI HASIL PEMBELAJARAN SEPANJANG KURSUS.

Bermula sejak  Januari tahun 2009, sebagai pelajar Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman diwajibkan untuk mempelajari subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) di bawah kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan. Banyak ilmu yang telah saya pelajari sehingga hari ini bagi subjek yang telah dikendalikan oleh Pn Hjh Rusyati Bt Hanafiah, salah seorang pensyarah kelas kami. Melalui ilmu yang dicurahkan beliau, ia membekalkan saya dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat saya katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap beberapa model atau konsep mahupun teori-teori pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Model-model ini adalah berdasarkan kepada kes-kes realiti dalam dunia pendidikan yang dikumpul sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji masalah tingkah laku murid dan cara pengurusannya, bagaimana mewujudkan hubungan dengan kelurga dan oihak sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut serta beberapa model untuk mengawal iklim bilik darjah. Antara contoh yang dapat saya beri ialah cara guru untuk mewujudkan hubungan ”Rapport” dengan murid, penggunaan model-model disiplin, model modifikasi tingkah laku Skinner, dan lain-lain. Selain itu dalam sukatan yang diberikan jugaterdapat cara-cara menjadi seorang guru yang efektif dan asertif.

 Permulaan tajuk yang saya pelajari  konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Pada zaman moden hari ini, dalam dunia pendidikan di seluruh dunia banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkan keselesaan murid untuk belajar, ruang pergerakan untuk interaksi guru dan murid serta sudut-sudut tertentu untuk bahan pengajaran dan informasi. Konsep pengurusan yang diperkenalkan juga adalah bergantung kepada jenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas termasuklah kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza dari murid normal, selain perubahan susunan kerusi meja dari bentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain yang memberikan murid persekitaran yang lebih bebas. Selain itu, sebagai pengurus bilik darjah, guru harus mememenuhi beberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang efektif, lebih-lebih lagi di zaman alaf baru ini. Antaranya ialah beriltizam, berwawasan, berpandangan global, sentiasa bersikap positif dan sentiasa berorientasikan maklumat. Selain itu, pengamalan budaya keguruan juga harus dihayati seperti amalan membaca, bermusyawarah dan berpandangan global.

Seterusnya dalam tajuk peranan guru dalam bilik darjah pula diibaratkan guru sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaran pembelajaran untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Ini kerana persekitaran murid mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberi kesan kepada tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko-sosial. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harus mewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. Ini dilakukan sebagai memberi garis panduan kepada murid tentang batasan-batasan yang perlu mereka patuhi semasa berada  di dalam kelas. Akan tetapi, peraturan yang diwujudkan adalah dibawah kuasa guru sepenuhnya dan jika boleh, sila dapatkan persetujuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Tetapi guru juga boleh bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukan peraturan mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenali juga sebagai kontrak. Selain mengurus insan, guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksiran dalam bilik darjah. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusan sumber maklumat murid. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi murid disamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapa mahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital. Menyusul pula tajuk seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik darjah tetapi dalam aspek hubungan guru-murid. Dalam tajuk ini, saya banyak mempelajari kepentingan membina hubungan guru-murid, faktor-faktor yang mempengaruhinya dan strategi-strategi untuk membina hubungan positif bersama murid. Antara contohnya ialah dari perkara yang paling ringkas dengan menghafal nama murid dan juga menghubungi pihak keluarga, biarpun sekadar bertanya khabar mereka.
Selain itu dalam tajuk pengurusan disiplin bilik darjah yang merangkumi konsep disiplin bilik darjah dan model-model disiplin seperti modifikasi tingkahlaku, model asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurrs, model kelompok Kounin dan model Terapi Realiti,saya mendapat banyak input yang saya rasakan hampir 50 % kandungan subjek ini berkaitan dengannya. Keseluruhan model ini mempunyai tujuan yang sama iaitu mengawal tingkah laku yang bermasalah disiplin. Terdapat beberapa elemen yang ditekankan seperti kaitan persekitaran murid dengan masalah tingkah lakunya, keperluan murid tersebut, prinsip motivasi dan peneguhan serta lain-lain yang mana sehingga hari ini masih diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah-sekolah. Contohnya dalam model modifikasi tingkah laku, dikatakan tingkah laku individu adalah dirangsang oleh persekitarannya dan individu akan bertindak mengikut rangsangan tersebut. Selain itu, Skinner, tokoh model ini menekankan tentang penggunaan peneguhan seperti ganjaran, pujian dan dendaan untuk mengubah tingkah laku yang yidak diingini. Sepanjang sesi syarahan yang melibatkan tajuk ini saya dapati ia menarik dan masih relevan untuk diaplikasikan tetapi perlu diadaptasikan dengan keadaan murid pada hari ini. Walaupun model yang dikemukakan mempunyai kekuatan, model-model tersebut juga mempunyai kelemahan. Justeru, guru haruslah bijak mempertimbangkan model mana dan bila masa yang sesuai untuk digunakan supaya masalah disiplin murid dapat diselesaikan.Kemudian, baru saya mempelajari tentang masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah. Tajuk ini merangkumi jenis-jenis masalah disiplin seperti buli dan gangsterisme, tingkah laku bermasalah seperti tingkahlaku disruptif dan destruktif iiaitu vandalisme, melawan guru serta sebab-sebab berlakunyya masalah-masalah ini. Antara sebab-musabab terjadinya masalah ini ialah pengaruh sosio-budaya murid tersebut serta faktor pengalaman lampaunya yang penuh konflik dan trauma.

Walaupun masalah disiplin ini berat, tetapi ia juga mempunyai pengurusan tertentu bagi mengurangkan maslah ini. Contohnya dengan menghantar murid  berjumpa ke pihak kaunselor, meggunakan teknik disiplin seperti modifikasi tingkahlaku serta dirujuk kepada gur disiplin. Akan tetapi perlu diingat, sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atas murid haruslah bertujuan memberi pengajaran bukannya mendatangkan kecederaan, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Jika boleh, bentuk peneguhan negatif seperti ini menjadi pilihan terakhir yang dipilih oleh guru. Justeru, guru haruslah bersikap asertif sejak dari mula mengajar pada awal tahun. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peraturan yang telah ditetapkan guru dan sekiranya murid ingkar, guru akan kenakan tindakan ke atas murid tersebut. Melalui cara ini juga, dapat dilihat ia meggunakan aplikasi prinsip ”pudaran(fading)” dengan menegur terus atau mengambil tindakan atas kesilapan yang dilakukan murid.

Walaubagaimanapun, dalam pengendalian subjek ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Ini dapat difahami kerana manusia itu tidaklah sempurna dan kesilapan pasti akan berlaku. Antaranya yang paling banyak masalah ialah semasa  proses pembentangan pelajar. Semasa sesi pembentangan, pasti sesi itu akan tergendala kerana masalah yang terjadi untuk menyambungkan paparan ”slide-show” dari komputer kepada ”projector”. Hal ini terjadi kerana pelajar tidak membawa komputer peribadinya sendiri untuk digunakan. Masalah ini juga terjadi kerana pelajar tidak mempunyai kepakaran dalam perkara-perkara yang melibatkan perkakasan komputer.
Masalah seterusnya pula ialah pembelajaran yang dilakukan hanyalah semata-mata teori di dalam bilik darjah sahaja. Pelajar tidak dapat melihat dengan mata kepala sendiri melalui benda maujud tentang apa yang dipelajari dan hanya mengagak sahaja untuk menggunakan konsep model yang telah dipelajari.
Disini saya memberi cadangan penambahbaikan supaya subjek ini akan lebih diminati oleh golongan pelajar-pelajar akan datang. Pertamanya untuk mengatasi malah tentang pembentangan, pensyarah dan pelajar harus bersama-sama menambah ilmu untuk menggunakan kelengkapan komputer supaya tidak timbul masalalah. Kedua, pensyarah harus memikirkan alternatif lain supaya pembentangan dapat dijalankan dengan lancar, contohnya dengan menempah bilik Makro. Mungkin juga pembentangan boleh dilakukan dengan cara yang bebas, supaya tiddak bergantung kepada penggunaan ”powerpoint” sahaja. Disampin itu, pelajar dapat menyerlahkan kekreatifan masing-masing.


Kedua, bagi mengatasi masalah yang kedua, cadangan saya mudah sahaja. Adakan lawatan ke sekolah. Melalui lawatan ke sekolah, bakal guru akan dapat memahami dengan lebih mendalam atau menghayati kandungan sukatan subjek yang dipelajari. Ini kerana mereka dapat merasai sendiri kes dan bukan sekadar mehgkkaji kes orang lain. Selain itu, mungkin pihak Jabatan  Ilmu Pendidikan boleh mengadakan, menganjur pertandingan bahas atau kolaaborasi bersama Institut Pendidikan Guru yang lain Melalui peluang pengalaman yang diberikan, pelajar akan lebih bersemangat dan meminati subjek ini.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Rusyati Bt. Hanafiah atas pengajaran yang telah dicurahkan olehnya dan saya bersyukur serta berdoa kepada tuhan agar saya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi subjek ini.

1 comment: